in

Hanya Lelaki Sahaja Boleh Ke Sini, 5 Tempat Pelik Di Dunia Yang Wanita Tak Boleh Jejak

Page Tempat Pelik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kita dah boleh rentas negeri, aktiviti untuk melancong ke luar negara juga telah dibenarkan. Oleh itu, ramai yang mula untuk merancang percutian bersama keluarga.


Namun begitu, jangan ada yang teruja terlebih dahulu! Ini kerana ada beberapa tempat di dunia yang dipercayai tidak boleh dijejak oleh kaum wanita.

Ini kerana mereka berpegang kepada adat resam dan juga kepercayaan orang dulu-dulu. Haa, jom kita tengok satu per satu tempat mana yang lelaki je boleh datang…

1. Lorong Herbertstrasse, Jerman

Jerman

Tempat yang pertama terletak di Jerman yang mana ia mempunyai sejarah tersendiri iaitu Lorong Herbertstrasse. Wanita dilarang untuk memasuki lorong tersebut kerana di situ merupakan tempat aktiviti pelacuran dilakukan.

Bukan itu sahaja, di situ juga pernah dijadikan tempat persembunyian oleh tentera Nazi dengan  memilih untuk mendirikan pagar di sekitar kawasan tersebut. Uishhh takut…

Menarik lagi, ternyata pagar-pagar itu masih didirikan walaupun sudah diruntuhkan beberapa kali oleh aktivitis di Jerman kerana cuba menghalang perdagangan wanita. Oleh itu, larangan untuk wanita masuk dapat dikekalkan sehingga ke hari ini.

2. Kuil Shabarimala, India

Kuil India

Keduanya adalah tempat yang terletak di Kerala, India iaitu Kuil Shabarimala. Ternyata, kuil ini telah dijadikan tempat larangan bagi wanita lagi-lagi yang sedang hamil.

Tetapi pada 2018 larangan ini berjaya dicabar oleh pertubuhan hak asasi manusia dan Mahkamah India juga terpaksa akur sekaligus mengisytiharkan semua penganut Hindu tidak kira jantina dibenarkan untuk memasuki kuil tanpa mengira jantina.

Perkara itu sekali lagi mencetuskan kontroversi pada hujung tahun 2019, yang mana kerajaan Kerala mengumumkan yang mereka akan melarang kaum wanita dari memasuki kuil tersebut sehingga ke hari ini.

3. Pulau Okinoshima, Jepun

Pulau Jepun

Tempat seterusnya adalah di negara matahari terbit iaitu Jepun. Pulau Okinoshima merupakan tempat yang dikatakan sebagai suci oleh masyarakat Jepun. Malah, pulau ini juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO dan wanita juga tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan ini.

Disebabkan telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO, hanya 200 orang sahaja yang dibenarkan masuk pada 27 Mei setiap tahun. Ini kerana, pada tarikh tersebut, upacara memperingati peperangan yang berlaku di kawasan yang berdekatan dengan pulau tersebut.

Pada upacara itu, aktiviti berendam wajib dilakukan bagi pelancong lelaki yang hadir dan mereka perlu berendam tanpa memakai tali. Aktiviti ini dilakukan untuk menyucikan pelancong lelaki sebelum pergi berjalan ke kawasan yang lain.

4. Gunung Omine, Jepun

Jepun Gunung

Masih lagi dalam negara Jepun, tetapi kali ini ia terletak di Gunung Omine. Gunung ini juga merupakan salah satu tempat suci di sana yang telah menjadi tempat utama bagi penganut Shugendo, iaitu agama purba yang diamalkan oleh puak minoriti di Jepun.

Sehingga kini setelah lebih 1,300 tahun, hanya pendaki lelaki sahaja yang dibenarkan untuk menaiki gunung tersebut. Pada tahun 1872 pula, kerajaan Jepun telah mengharamkan sebarang pelaksanaan aktiviti di gunung itu.

Tetapi, kaum wanita di kawasan tersebut tidak membantah dengan arahan itu malah menghormati tuntutan sami di sana.

5. Pergunungan Athos, Greece

Greece

Tempat terakhir adalah di Pergunungan Athos yang terletak di Greece. Selama lebih dari 1,000 tahun, kawasan pergunungan ini hanya dibuka dan dibenarkan kepada sami-sami untuk menjalani latihan mereka.

Gunung ini dipanggil sebagai “Agion Oros” di Greece membawa maksud gunung suci kawasan larangan untuk wanita dan wanita dilarang untuk mendekati kawasan gunung itu sejauh 500 meter kerana ia dianggap telah memasuki kawasan larangan.

Bukan itu sahaja, haiwan betina juga dilarang untuk memasuki kawasan pergunungan tersebut. Amalan ini telah diteruskan sehingga ke harini untuk memperingati kemunculan Perawan Maria di kawasan yang menukar kawasan itu menjadi doktrin Ortodoks Kristian dan hanya Mary satu-satunya wanita yang menjejakkan kaki di kawasan itu.

Haa, baru tahu kan? Min pun terkejut juga ni.. Korang make sure check betul-betul tau tempat sebelum pergi melancong…

Baca: Dah Boleh Rentas Daerah! 7 Tempat Berkelah & Staycation Menarik di Selangor Korang Boleh Pergi

Untitled 3 1

Sumber: Wikimedia
Sumber: JawaPos
Sumber: IDN Times
Sumber: MuraiMY
Sumber: mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.