in

“Tak serik lagi ke?” – Rakyat China Berpusu-pusu Ke Taman Negara Lepas Tamat Tempoh Lockdown

Feature 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, negara China dilihat menunjukkan penurunan kes positif Covid-19. Tempoh perintah berkurung di negara tersebut juga telah tamat. Alhamdulillah, semoga Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama nanti supaya boleh sambut Ramadan dengan tenang. 


Namun, tular di media sosial baru-baru ini gambar warga China berpusu-pusu ke taman negara untuk beriadah selepas tamat tempoh lockdown, lapor CNN. Adoi, tak serik-serik lagi ke?

Gambar ini dilaporkan diambil pada hari Sabtu lepas pada 4 April di Taman Negara Huangshan di wilayah Anhui.

Naik Gunung

Difahamkan, pihak pengurusan taman tersebut terpaksa mengeluarkan notis pada pukul 7.48 pagi bahawa kawasan rekreasi tersebut sudah pun mencapai tahap kapasiti maksimum sebanyak 20,000 pengunjung.

Ironinya, ramai pengunjung memakai topeng muka namun mereka juga berdiri dekat antara satu sama lain. Memang tak sampai satu meter pun jarak masing-masing.

Naik Gunung 1 1

Menurut pakar kesihatan negara tersebut, mereka menyeru rakyat di sana untuk sentiasa berhati-hati dan mengamalkan penjarakan sosial kerana pandemik ini belum betul-betul berakhir.

Admin harap korang jangan kecam sangat dorang ni, sebab rakyat kita pun masih ada yang berdegil sepanjang PKP ni. 

 

Baca: “Sedap sangat ke sampai tak serik?” – Pasar Basah Haiwan Eksotik Wuhan Kini Dibuka Semula!

Pasar Wuhan

Sumber: CNN
Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.