in

“Nak cipta kenangan terindah”- Pasangan Suami Isteri Bawa Anak-anak Melancong Keliling Dunia Sebelum Buta

F1 Around The World

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata, selagi ada peluang dan masih bernyawa, ciptalah kenangan dengan orang tersayang seperti keluarga dan rakan. Rakam video dan tangkap gambar banyak-banyak, nanti boleh dijadikan memori kalau ada antara kita yang pergi dulu.


Itulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri dari Kanada ini apabila mereka berdua memutuskan untuk bercuti dari sebarang kerja selama setahun untuk membawa anak-anak mereka melancong mengelilingi dunia.

2 8

Ini kerana tiga orang anak mereka telah disahkan menghidap penyakit genetik iaitu Retinis Pigmentosa di mana pesakit berisiko besar untuk buta sepenuhnya sebelum pertengahan usia.

Menurut CNN Travel, pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Edith Lemay dan Sebastien Pelletier itu kemudiannya telah memulakan aktiviti pelancongan bersama anak-anak mereka di Namibia, Tanzania, Mongolia dan Turkiye.

Mereka sekeluarga juga ke Indonesia untuk melihaat budaya di sana.

Difahamkan, Pelletier dan Lemay mula mengetahui anak sulung mereka iaitu Mia menghidap penyakit itu ketika Mia berusia 3 tahun setelah disahkan pakar kerana sebelum itu, kanak-kanak itu dilihat mengalami masalah penglihatan.

Dua anak lelaki mereka iaitu Colin (7 tahun) dan Laurent (5 tahun) juga mengalami simptom yang sama seperti kakak mereka dan pada 2019, kedua-duanya juga disahkan mengalami masalah kesihatan tersebut.

Walau bagaimanapun, anak kedua mereka iaitu Leo tidak menghidap penyakit berkenaan.

3 6

Menurut Lemay, tiada apa yang boleh dilakukan kerana buat masa ini, masih belum ada rawatan yang boleh memperlahankan kesan penyakit retinitis pigmentosa.

Oleh sebab itu lah, pasangan ini mengambil keputusan untuk membawa keempat-empat anak mereka melancong supaya kenangan indah dapat dicipta.

Sumber: CNN Travel

Baca: Jangan buat malu!”- 9 Nama Negara & Bandar Di Seluruh Dunia Yang Orang Selalu Salah Sebut

1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.