in

Hannah Yeoh Gunakan Lukisan Kanak-Kanak Autism 12 Tahun Sebagai ‘Design’ Ang Pao & Banner

Ft Hannah Yeoh Guna Lukisan Anak Autism Yang Dibuang Buat Ang Pao

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan hari perayaan Tahun Baru Cina makin hampir, sudah semestinya giliran rakyat Malaysia yang menganut agama Buddha sedang sibuk membuat persediaan.


Untuk tahun ini, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membuat satu ang pao eksklusif buat warga Segambut bertemakan The Tiger & The Tree.

 

Ambil hasil lukisan daripada anak autism yang dibuang

271786308 468754534617559 7231801839107900780 N

Menurutnya hasil rekaan ilustrasi ini ada sedikit nilai sentimental buatnya kerana lukisan itu dihasilkan oleh anak 12 tahun yang menghidap autisme yang dikenali sebagai Azizy.

Menurut Hannah Yeoh, semasa beliau melihat hasil lukisan Azizy di UTMe! x Early Autism Project Malaysia, dia terus meminta Azizy untuk lukiskan gambar harimau kerana mahu digunakan sebagai hiasan dalam ang pao Raya Tahun Cina untuk tahun ini.

272568188 468754561284223 5919668689242593077 N

Terdapat beberapa jenis lukisan yang dihasilkan, bagaimanapun kanak-kanak itu tidak puas hati dengan lukisan pertamanya.

Dalam lukisan kedua, kanak-kanak OKU ini tidak sengaja menggunakan warna biru semasa mahu warnakan lukisan harimau tersebut dan dia buang.

272429792 468762227950123 7217489577708913079 N

Bagaimanapun, Hannah Yeoh tertarik dengan versi kedua itu selepas lukisan tersebut telah dikutip oleh ibu bapa Azizy dan ditunjukkan kepada beliau.

“Terima kasih Azizy atas usaha, kebolehan dan kepantasan awak melukis harimau untuk kami.”

“Lukisan pokok itu mengingatkan saya untuk setiasa memuliharanya dengan baik demi menjaga habitat harimau di negara kita.”

272255476 468762257950120 3919088414393528647 N

Menurut Hannah Yeoh, lukisan itu bukan sahaja akan digunakan untuk ang pao, ia juga digunakan dalam semua banner sekitar Segambut.

Pun begitu, Ang Pao ini bukanlah untuk dijual, tapi para penduduk kawasan Segambut boleh dapatkannya di pejabat YG Hannah di ot LG-09A, Level LG, United Point, 10 Jalan Lang Emas pada hari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

 

Baca : “Ada hantu?” – Netizen Seram Tengok Kerusi Belakang MP Hannah Yeoh Berpusing Sendiri

Kerusi Belakang Hannah Yeoh Bergerak

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.