in

“Hampirnya akhir zaman” – Netizen Kecam Sambutan Halloween Di Riyadh, Arab Saudi

Untitled Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak, lama-kelamaan sambutan Halloween seolah-olah sudah diterapkan dalam budaya masyarakat timur dan di negara-negara Islam khususnya — orang ramai mula meraikannya meskipun tidak mempunyai pertalian atau sebarang hubungkait yang kuat dengan sejarah perayaan kaum Celtic purba itu.

Tapi kita masih sambut dan mengucapkan Happy Halloween kepada kawan-kawan atas alasan saja nak bersuka-suka.


Namun apa yang lebih mengejutkan sebenarnya, adalah sambutan yang dibuat di tempat berkembangnya Islam — Arab Saudi.

Satu video dikongsikan di laman Twitter @birdsofjannah menunjukkan rakaman sekitar parade yang dibuat bersempena sambutan itu — sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Riyadh1

France24 melaporkan, semua statue tersebut dibuat bersempena sambutan Riyadh Season Festival — untuk meraikan kepelbagaian budaya bagi menarik kedatangan pelancong asing ke negara itu.

Bagaimanapun, susulan kontroversi yang dicetuskan festival tersebut — kesemua ‘demonic creatures’ tersebut telah diarah agar dimusnahkan segera kerana ia dianggap seolah-olah ‘menggadaikan’ nilai keagamaan demi mencapai matlamat keduniaan.

Kebanyakan rakyat Arab Saudi sebelum ini juga dilapor hairan dengan ‘peralihan’ kemodenan negara itu yang sebelum ini amat menjaga hukum hakam agama walaupun dalam sekecil-kecil aspek kehidupan rakyatnya.

Kekecewaan sama turut dikongsi beberapa pengguna laman sosial lain, mengenai penganjuran festival tersebut.

Saudi1

Saudi2

Saudi3

Saudi4

 

Baca: “Semua nk pikir duit je, agama tolak tepi” – Arab Saudi Benarkan Lelaki & Wanita Asing Kongsi Bilik Hotel

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.