in

Hampir Kehabisan Katil, Beberapa Wad Biasa di Hospital Melaka Terpaksa Ditukar Jadi Wad ICU

Ft Katilicu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan semakin meruncing, banyak katil di wad ICU hospital seluruh Malaysia semakin penuh kerana kes Covid-19 yang kian meningkat. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham memaklumkan bahawa penggunaan katil ICU di hospital untuk kes Covid-19 sudah pun mencecah 83 peratus.


Terbaru, jumlah katil ICU di Hospital Melaka kini dilaporkan berada di tahap kritikal dan perkara itu menyebabkan beberapa wad biasa terpaksa ditukar fungsi kepada wad ICU. Menurut Awani, ia bagi menampung peningkatan kes pesakit kritikal termasuklah pesakit Covid-19.

Melakaq

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata pada asalnya hospital itu hanya mempunyai 72 buah katil bagi kegunaan ICU namun telah pun ditambah kepada 114 katil ketika ini.

Sejumlah 70 katil ICU telah dikhaskan bagi pesakit Covid-19 sahaja dan sehingga kini, seramai 51 pesakit tahap empat dan lima sedang ditempatkan di wad berkenaan, termasuklah sembilan yang sedang menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Pada Ahad, untuk keseluruhan di Hospital Melaka pesakit ada 145 pesakit ICU dengan jumlah katil 114, bermakna telah melepasi 127.2 peratus.”

“Berkenaan kes COVID-19, peruntukan untuk katil ICU termasuk dalam keseluruhan tadi, iaitu kita ada 70 katil dan telah diisi sebanyak 51.”

Melakau

Ini bermakna telah 72.9 peratus diisi dan ada sembilan orang menggunakan alat bantuan pernafasan yang kita bimbang.”

Rahmad turut menyuarakan kebimbangannya berkenaan jangkitan Covid-19 yang membabitkan kes Import B iaitu jangkitan dari luar Melaka. Difahamkan, kes tersebut meningkat setiap hari sekaligus mendorong kepada peningkatan kes di negeri itu.

*Kes Import B: Berlaku daripada aktiviti rentas negeri antaranya daripada ziarah kematian atau urusan kerja di negeri lain yang kemudiannya dibawa masuk ke Melaka

Baca: Penggunaan Katil ICU di Hospital Untuk Kes Covid-19 di Malaysia Cecah 83% – Dr Noor Hisham

Ft Katilpenuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.