in

Penggunaan Katil ICU di Hospital Untuk Kes Covid-19 di Malaysia Cecah 83% – Dr Noor Hisham

Ft Katilpenuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini berkata sistem kesihatan negara kini menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan orang ramai bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.


Menurut Awani, ini susulan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara sudah mencapati kapasiti 83 peratus.

Icu1

Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri dan berdasarkan data, sebanyak 11 negeri dan wilayah merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.

Antara negeri dan wilayah terbabit adalah:

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Pulau Pinang
  • Johor
  • Melaka
  • Perak
  • Kedah
  • Sarawak
  • Putrajaya
  • Kelantan
  • Negeri Sembilan

Kata beliau lagi, pada masa yang sama sebanyak 32 hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.

Katil

Justeru, beliau merayu agar orang ramai duduk di rumah dan melakukan ‘self lockdown’ bagi membantu mengekang penularan virus ini di Malaysia.

Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).”

Majikan diseru memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.”

Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian dan kes kematian tertinggi sejak pandemik ini melanda negara iaitu sebanyak 6,806 kes positif dan 59 kematian.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara. Menurut FMT, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19 itu dijadualkan berlangdung pada 3 petang ini.

Baca: “Tolonglah lockdown” – Bertalu-Talu Kes Positif, Video Frontliners Terbaring Kepenatan & Bergelimpangan Undang Sebak

Ft Frontlinerpenat

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.