in

Hampir 80% Wanita Tak Bagi Isyarat Bila Berhenti Di Simpang Jalan – Kajian UM

Lelaki Wanita Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali berlaku kemalangan jalanraya, perkara pertama yang akan ditanya mesti “Pemandu lelaki ke perempuan?”


Betul tak?

Bila dah tau jantina mana, mula la masing-masing menuding jari mengatakan jantina tertentu tak pandai memandu.

Wanita selalu tak beri isyarat

Bagi mengenalpasti perkara ni, seorang profesor dan pasukannya dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya telah membuat satu eksperimen untuk kenalpasti faktor serta kenal punca perbezaan kesalahan pemanduan antara lelaki dan wanita.

Dan hasilnya, wanita berumur 50 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan kesalahan ketika memandu berbanding lelaki berusia sama.

Memandu 1
sumber: saja heboh

Menurut laporan Harian Metro, 80 peratus wanita lebih cenderung tak berikan isyarat masa berhenti di persimpangan jalan serta ketika menukar lorong di lebuh raya.

Lelaki lebih banyak salah di lebuh raya

Kajian yang dibuat Profesor Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal itu juga mendapati 53 peratus lelaki melakukan perkara yang sama.

Tapi mereka juga yang lebih banyak melakukan kesalahan di lebuh raya.

Memandu2
sumber: viral purba

Kajian ini bagaimanapun dilakukan secara rawak dengan 182 responden yang majoritinya telah memandu lebih 21 tahun.

Kesalahan dalam eksperimen ini juga telah dinilai berdasarkan kurikulum ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan negara.

Bagi signal, bukan terus keluar

Rata-rata pembaca pun bersetuju dengan apa dikatakan dalam laporan ni.

Dan kebanyakan mereka yang hampir kemalangan juga mendapati kebiasaannya ia berpunca daripada pihak yang tak pakai lampu isyarat atau signal kereta.

Screenshot 2018 11 25 Harian Metro On Twitter
sumber: twitter
Screenshot 2018 11 25 Harian Metro On Twitter2
sumber: twitter
Screenshot 2018 11 25 Harian Metro On Twitter1
sumber: twitter
Screenshot 2018 11 25 Harian Metro On Twitter3
sumber: twitter

Walaupun kajian ni hanya untuk mereka yang dah drive lebih 21 tahun, kita kena juga ikut peraturan jalan raya.

Kalau sayangkan nyawa, tolonglah berhati-hati waktu driving tu dan pakai signal kereta.

Baca: Pemandu Perodua Bezza Biadap, Halang Laluan dan Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pengguna Jalan Raya

Screenshot 2018 11 25 Pemandu Perodua Bezza Biadap Halang Laluan Dan Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pengguna Jalan Raya1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.