in

“Hampir 2 jam dalam ambulans di tepi jalan” – Suami Sesak Nafas Sebab Covid-19, Rebecca Nur Islam Cerita Susahnya Cari Hospital

Rebecca2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, bekas pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad serta suami Datuk Nur Azam Sulaiman bersama enam cahaya matanya disahkan positif Covid-19.


Lapor Berita Harian, selain keluarga, 3 orang pembantu rumahnya juga dijangkiti wabak tersebut. Sudah hampir seminggu, semalam Datin Rebecca ada muat naik satu perkongsian di Instagram mendedahkan sesuatu yang meruntun hatinya.

 

Suami di tahap 4/5, susah nak bernafas

1213711

Dengan nada sebak dan takut, Datin Rebecca menjelaskan bahawa suaminya kini berada di tahap 4 Covid-19 sehingga alami kesukaran untuk bernafas.

Bimbang dengan keadaan itu, Datin Rebecca bergegas menghubungi ambulans agar suaminya boleh mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, detik cemas itu bertambah kerana dalam keadaan suaminya yang sedang terdesak itu, Datin Rebecca mendedahkan bahawa semua hospital swasta di sekitar Lembah Klang tidak dapat menerima pesakit Covid-19 kerana semua hospital sudah padat.

Datin Rebecca

“Suami tidak boleh tarik nafas dan oksigen rendah jadi saya agak takut dan kelam kabut dengan anak lagi, adik beradik suami tolong menelefon hospital semalam (kelmarin), ya allah semua hospital penuh. Tuhan je yang tahu keadaan hospital sekarang,saya dah nampak.”

Memandangkan dirinya dah dapat melihat situasi yang kucar kacir di pusat rawatan sekarang, Datin Rebecca meminta orang ramai untuk jaga diri seeloknya kerana kekurangan ruang untuk kita mendapatkan rawatan.

 

Hampir 2 jam ditepi jalan dengan ambulans cari hospital

Ri3

Sambungnya lagi, Datin Rebecca menemani suaminya untuk dibawa ke sebuah hospital swasta kira-kira waktu tengah hari kelmarin, sesampainya di hospital tersebut, Datin Rebecca menjelaskan bahawa mereka tidak dapat menerima sebarang pesakit sebab dah terlalu padat.

Lebih mengharukan lagi, Datin Rebecca dan suaminya ‘tersadai’ di dalam van ambulans selama hampir 2 jam di tepi jalan untuk cari hospital.

Saya dan suami semalam (kelmarin) hampir 2 jam di dalam ambulans di tepi jalan. Alhamdulillah nasib baik orang ambulans itu baik sangat-sangat, dia pun sibuk tolong telefon mana-mana hospital.”

Tanpa fikir panjang, Datin Rebecca membuat keputusan untuk menghantar suaminya itu ke Royale Chulan (pusat kuarantin) untuk mendapatkan bantuan pernafasan.

Ri2

Bagaimanpun, mujurlah pada waktu malam, Datin Rebecca mendapat panggilan daripada sebuah hospital untuk menerima pesakit kerana dah ada pesakit lain yang discharge.

Disebabkan itu, dalam video IGTV yang berdurasi 43 minit ini, Datin Rebbeca meminta dan merayu kepada menteri dan pihak atasan yang terlibat untuk segera melakukan total lockdown kerana Covid-19 ini berisiko boleh meragut nyawa orang yang tersayang.

 

Baca : Sesak! CAC Stadium Malawati Dikunjungi 4,000 Pesakit COVID 19 Hari Ini Termasuk Kanak-Kanak & Bayi

Rebecca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.