in

Hakim Beri Amaran, Kes Cerai Dengan Kamal Adli Tangguh Lepas Peguam Uqasha Tarik Diri

uqasha senrose peguam tarik diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes perceraian pasangan pelakon terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini terpaksa ditangguhkan lepas ketiadaan wakil peguam bagi pihak aktres tersebut.

Menurut peguam syarie kepada Kamal Adli, Abdul Hadi Mohammad Salleh, prosiding hari ini hanya berlangsung sebelah pihak selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada kes tersebut.


WhatsApp Image 2025 10 28 at 11.46.20 f2b139b0

Hari ini kita dikejutkan dengan situasi peguam wakili Uqasha sebelum ini tarik diri. 

“Sepatutnya ada peguam baharu yang hadir, tapi tadi tiada. Jadi hanya sebelah pihak sahaja,” katanya ketika ditemui selepas prosiding selesai.

Artikel berkaitan: “Tak okay” – Kamal Adli Dedah Kena Block Sejak 27 Sept, Luah Masih Sayangkan Uqasha

Artikel berkaitan: Uqasha Senrose Buat Permohonan Maaf Atas Keterlanjuran Mengenai Isu Rumah Tangga

Menurut Abdul Hadi lagi, mahkamah memberi peluang dan amaran kepada pihak Uqasha untuk hadir semula bersama peguam bagi teruskan prosiding yang akan datang.

Dalam pada itu, mahamah telah menetapkan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes.

3322297

Difahamkan kes tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, iaitu permohonan perceraian dengan alasan tiada persefahaman antara suami isteri.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Sumber: mStar

Sumber: Kosmo!
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.