Mengurangkan kompaun untuk mereka yang tak memakai pelitup muka di tempat awam mungkin boleh mengakibatkan ramai lagi orang tak patuh arahan, jelas Menteri Kanan (Keselaman) Datuk Seri Ismail Sabri berhubung dengan peraturan ini yang mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos lepas.
Susulan itu, Berita Harian melaporkan bahawa pihak kerajaan tidak berhasrat meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk menurunkan kompaun RM1,000 berikutan ramai lagi yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Katanya, ia bertujuan bagi melindungi individu dan masyarakat di sekeliling, bukannya bertujuan untuk membebankan mereka.
Kompaun bernilai RM1,000 adalah untuk melindungi rakyat. Kami tidak melakukan ini untuk membebankan mereka.”
Katanya lagi, walaupun kompaun ini masih lagi diteruskan. Masih ramai lagi yang ingkar arahan, amat membimbangkan jika kompaun tersebut dapat dikurangkan.
Walaubagaimanapun, individu yang dikompaun itu boleh mengemukakan rayuan pengurangan tetapi Kementerian Kesihatan yang akan tentukan jumlah tersebut.
“Jelas dalam hal ini, kerajaan tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP). Justeru amalkan kawalan kendiri dan pastikan diri dan keluarga serta masyarakat selamat,”
Pada Khamis lalu, media melaporkan Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan di Dewan Rakyat supaya denda RM1,000 kesalahan ingkar tidak memakai pelitup muka diturunkan kepada RM250 dan kadar itu boleh dinaikkan setiap kali kesalahan terbabit berulang.