in

MP Kepong Tawar Diri Bayar Denda Untuk Pelajar Viral Disaman RM1,000 Kerana Turunkan Face Mask Di Stesen Komuter

Gambar Hiasan 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemakaian pelitup muka telah diwajibkan di negara kita sejak 1 Ogos lalu. Sejak daripada itu, pihak berkuasa sangat serius dan tegas dalam pelaksanaan perintah itu bagi membasmi wabak Covid-19 di negara kita.


Namun, heboh di media sosial apabila baru-baru ini apabila seorang pelajar dikompoun Rm1000 di sebuah stesen komuter di Rawang, Selangor. Tetapi, apa yang menjadi bualan masyarakat adalah dia hanya menurunkan pelitup muka sekejap namun dia masih mengikut syarat ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pun begitu, isu berkenaan telah menarik perhatian MP Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng, yang berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan.

Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook YB Lim Lip Eng, beliau meluahkan rasa bersimpati dengan pelajar itu dan menawarkan diri untuk menjelaskan bayaran denda tersebut. Beliau turut memohon pelajar tersebut untuk menghubunginya bagi membantu menjelaskan denda berjumlah RM 1,000 itu.

Pihak DAP Kepong bersimpati dengan pelajar yang dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di stesen komuter….

Posted by LIM LIP ENG 林立迎 on Ahad, 9 Ogos 2020

Tambahnya lagi dalam catatan di laman sosialnya, beliau berharap agar orang ramai khususnya remaja untuk sama-sama mematuhi SOP bagi mencegah penularan Covid-19.

Baca: Pelajar Di Pedalaman Maluku Ini Sanggup Risikokan Nyawa Semata-Mata Nak Ke Sekolah

V

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.