in

Hadiri Parti Selepas Bebas Tuduhan Dadah, Kemunculan Aryan Khan Berantai Salib Jadi Persoalan

3Aryan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan telah dibebaskan dari tuduhan dadah pada minggu lepas. Setelah pembebasan itu, Aryan muncul untuk menghadiri parti sambutan hari lahir di India.

Namun, kehadiran anak pelakon terkenal Bollywood itu menjadi perhatian bukan kerana kes yang telah selesai, tetapi mata orang ramai tertumpu dengan pemakainnya.


Dalam gambar yang dimuat naik oleh @pinkvilla kelihatan Aryan Khan mengenakan seutas rantai salib. Korang boleh tengok gambar yang tular itu di bawah.

https://www.instagram.com/p/CeBZWA1rymS/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

 

Sebelum ini, ibu Aryan, Gauri Khan memberitahu yang anaknya itu akan mengikut fahaman Shah Rukh Khan iaitu Islam.

TIndakan Aryan yang dilihat memakai rantai salib yang cukup sinonim dengan penganut Kristian, telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminatnya. Peminatnya juga mahukan pengesahan dari Aryan sendiri, namun sehingga kini masih tiada sebarang respon yang dikeluarkan oleh keluarganya atau Aryan sendiri.

Parti sambutan hari lahir Karan Johar yang dihadiri Aryan itu turut disertai barisan penggiat seni terkenal Bollywood seperti Kareena Kapoor, Hrithik Roshan, Rani Mukherjee, Aishwarya Rai, Preity Zinta dan Madhuri Dixit.

 

Baca: Anak Shah Rukh Khan,  Aryan Khan Terlepas Tuduhan Miliki Dadah Sebab Kes Tidak Kukuh

Screenshot 2022 06 05 At 3.41.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.