in

Had Laju Dikurangkan 10KM/j Di Jalan Persekutuan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Had Laju Turun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma, Kementerian Kerja Raya mengumumkan had laju Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer perjam (km/j) berkuatkuasa 18 hingga 27 Januari ini.

Ini menjadikan had laju di Jalan Persekutuan iaitu 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang tempoh berkenaan.


Hadlaju06.Transformed

“Pewartaan pengurangan had laju sementara itu antara langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku di musim perayaan.

Kementerian Kerja Raya turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan,” katanya.

Menurut laporan Kosmo!, Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan juga akan diadakan bermula dari 18 hingga 28 Januari ini yang melibatkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Selain itu, Ops Bersepadu itu turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ); Jabatan Kerja Raja (JKR); Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); dan PLUS Malaysia.

Kementerian Kerja Raya berkata, pihaknya akan sentiasa memantau lokasi-lokasi blackspots yang dikenal pasti bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Baca: Gara-gara LRT Tutup, Lebuhraya Persekutuan “Jammed” Teruk Sampai Pukul 11 Pagi

Ft Federa Highway Jammed Sampai Pukul 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.