in

Habis Lesap RM1.2 Juta Kena Tipu Dengan ‘Pegawai Penyiasat’ IPK Terengganu

Scammer 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang make sure jangan mudah tertipu dengan panggilan macam ni tau!


Seorang wanita berusia 50 tahun kerugian RM1.2 juta lepas ditipu sindiket dipanggil Macau Scam baru-baru ni. Menurut Berita Harian, mangsa yang bekerja dekat sebuah syarikat pelaburan di KL menyimpan rahsia tu selama 10 hari sebelum buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, semalam.

Kejadian berlaku pada 5 Oktober lalu di mana dia ada terima call daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Mahkamah Kuala Terengganu, lapor The Star.

Mangsa dimaklumkan bahawa nama dia telah digunakan untuk buat satu private loan. Dia kemudian menafikan ada buat loan tu sebelum call disambungkan kepada seorang wanita lain.

Kali ni, perempuan tu kenalkan diri sebagai Suhana, pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Scam
gambar hiasan

Suhana kemudian bagitahu bahawa selepas nama dan nombor kad pengenalan disemak, mangsa didapati terlibat dalam penggubahan wang haram berjumlah RM1.48 juta.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, mangsa dimaklumkan supaya mengambil cuti untuk mencari semua dokumen kewangan serta bagi membolehkan pegawai Jabatan Audit Negara membuat temuduga menerusi panggilan telefon.

Disebabkan panik dan takut, mangsa ikutkan saja arahan ‘pegawai penyiasat’ tu termasuk buat pindahan wang dalam jumlah yang besar ke empat akaun bank berbeza.

“Mangsa kemudian membuat pindahan wang tunai menerusi kaunter yang keseluruhannya membabitkan wang berjumlah RM1.21 juta sejak 5 Oktober hingga 10 Oktober lalu.”

Bank In
gambar hiasan

Katanya, dia hanya sedar telah ditipu lepas bercerita dekat suaminya sebelum buat laporan polis. Hasil siasatan, mangsa bagitahu yang dia tidak pernah ketahui tentang sindiket penipuan Macau Scam ni menyebabkannya terpedaya dengan sebegitu mudah.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan.

Baca: Warga Emas Hilang RM180,000 Ditipu ‘Orang PH’

Scam Featured Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.