in

“Haa… suka gosip tau”- Ramai Peminat Risau Lepas Tengok IG Stories TokTi, Ini Respon Siti Nurhaliza

F2 Ig Stories Siti Nurhaliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat beberapa perkongsian di Instagram Stories, antaranya bagaimana layanan seorang suami kepada isteri dan ujian terbesar isteri namun difahamkan, IG Stories tersebut kemudiannya telah dipadamkan, lapor Berita Harian.

Perkongsian Instagram Stories penyanyi nombor satu Malaysia itu telah menyebabkan rata-rata peminat berspekulasi mungkin rumah tangga beliau dan suami bermasalah.


Namun, dalam masa yang sama, ada juga peminat yang berpendapat mungkin ada orang yang TokTi kenal sedang mengalami masalah rumah tangga, jadi beliau berkongsikan IG Stories itu bagi pihak individu itu.

Walau bagaimanapun, spekulasi dan dakwaan peminat-peminat itu ternyata tidak betul apabila Siti Nurhaliza semalam kemudiannya memuat naik gambar beliau, suami dan anak-anak ketika sambutan hari lahirnya.

Whatsapp Image 2024 02 03 At 10.44.03 Am

Artikel Berkaitan: “Okay ke tu?” – Perkongsian Siti Nurhaliza Perihal Rumah Tangga di IG Cetus Kebimbangan Netizen

Artikel Berkaitan: Tok Ti Pembayar Zakat Paling Tinggi Untuk Kategori Penyanyi – CEO Lembaga Zakat Selangor

Menerusi perkongsian gambar keluarga beliau itu di Instagram. Siti Nurhaliza turut menulis kapsyen yang sekali gus menidakkan andaian warganet tentang rumah tangganya.

“Haaa…suka gosip tau. Tak baik tau fikir bukan-bukan..uols ni pun,” tulisnya di Instagram.

Difahamkan, gambar keluarganya itu telah diambil ketika majlis sambutan ulangtahun ke-45 Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Makan Malam Tahunan CTDK Group yang bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.