Guru Tahfiz Ugut Potong dan Bakar Kemaluan Pelajar Konon Nak Mendidik

Tambah ke Sumber Pilihan
Guru Tahfiz Ugut Potong dan Bakar Kemaluan Pelajar Konon Nak Mendidik

Guru sepatutnya mendidik dengan cara yang betul dan bukannya dengan mendera!

Menurut New Straits Times, dua orang guru tahfiz telah ditahan sebab mengugut untuk memotong dan membakar kemaluan pelajar yang berusia lapan tahun di Kuantan.


Perbuatan dua suspek ini yang digelar sebagai “Bonda” dan “Walid”, berusia 43 dan 42 tahun telah dirakam dan tersebar melalui aplikasi Whatsapp.

T2
Sumber: FMT

Di dalam video yang tersebar, jelas menunjukkan guru perempuan itu menarik kemaluan pelajar terbabit sebelum mengugut untuk memotong dengan gunting dan membakarnya menggunakan pemetik api. Uish!

Selain itu, terdapat dua lagi video menunjukkan pelajar itu turut dirotan oleh kedua-dua guru terbabit kerana didakwa mencuri makanan rakannya.

T3
Sumber: FMT

Menurut Ketua Polis Bahagian Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali, bapa mangsa, 25, menyedari anaknya didera selepas menonton video klip yang tengah viral di Whatsapp dan terus membuat laporan polis.

“Bapa mangsa dihubungi suspek yang menerangkan tindakan dilakukan adalah satu proses pembelajaran kerana mendakwa mangsa melakukan kesalahan kencing berdiri, curi makanan rakan dan tidak flush selepas menggunakannya.”

Lah, sebab kesalahan ni je sampai nak ugut macam tu sekali?!

T1
Sumber: NST

Menurut Astro Awani, difahamkan mangsa sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin sebelum dihantar ke sekolah tahfiz tersebut oleh bapanya setelah didapati kurang menunjukkan minat dalam pelajaran.

“Berikutan penangkapan itu, polis juga telah merampas rotan dan gunting.

“Mangsa yang mengadu sakit belakang telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi menjalani pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.”

Adoi, nak mendidik cuba buat cara yang elok sikit dan bukannya sampai ugut macam tu!

Baca: PPD Cuba Tutup Kes Dera, Gangguan Seksual di Sekolah Tamil?

11 5 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Amalina Zainal
Lagi tulisan Amalina
Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Guru Tahfiz Ugut Potong dan Bakar Kemaluan Pelajar Konon Nak Mendidik
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/guru-tahfiz-ugut-potong-dan-bakar-kemaluan-pelajar-konon-nak-mendidik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM