in

Guru Lakukan Kelucahan Melampau Pada Murid Lelaki Dalam Tandas Guru di Kuala Lumpur

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guru menjadi pengganti ibu bapa untuk mendidik anak-anak tetapi masih ada juga yang tidak amanah dengan tanggungjawab yang digalas itu.


Menurut New Straits Times, seorang guru dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya. Guru tersebut didapati melakukan kesalahan itu kepada murid lelaki darjah 4 di tandas guru pada tahun lepas.

2 2
gambar hiasan

Asman Ambo Sakka, guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur telah didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam tandas guru pada jam 7 pagi antara bulan Julai – September 2016.

Beliau disabitkan di bawah bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum tiga tahun dan maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Hakim Datin M.Kunasundary Kunasundary berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Guru
gambar hiasan

Beliau juga menolak permohonan peguam tertuduh Azi Azlin Zulkifli untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas kenyataan daripada empat orang saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan sepanjang perbicaraan pendengaran.

Guru itu sudah pun digantung kerja dan akan menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Bagi ibu bapa di luar sana janganlah ambil ringan akan kehidupan anak-anak anda di sekolah sebab zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi!

Baca : Lelaki Ditangkap Mencabul Kemaluan Wanita di Parkir Lot Pusat Beli Belah AEON

4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.