in

“Teringat zaman sekolah” – Lagu Keramat Hari Guru Dimainkan Dengan Seruling Oleh Cikgu Ini Berjaya Pukau Netizen

3Hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

16 Mei adalah satu tarikh yang cukup bermakna buat golongan pendidik kerana pada hari inilah Hari Guru disambut. Kalau kita masih ingat zaman di sekolah dulu, memang macam-macam aktiviti yang kita buat sempenan Hari Guru ni.


Sempena Hari Guru 2020, seorang guru dengan nama Satyaprabu Kumar ada membuat persembahan lagu keramat ‘Kami Guru Malaysia’ di akaun Facebook beliau. Apa yang menarik perhatian netizen ialah, persembahan beliau menggunakan seruling. Memang layan habis!. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni.

Kepada semua sahabat pendidik di Malaysia yang akan menyambut HARI GURU pada 16hb Mei 2020, saya mengambil kesempatan…

Posted by Satyaprabu Kumar on Thursday, May 14, 2020

 

Terima kasih cikgu!

Memang terbaik lah cara cikgu ni sampaikan persembahan. Biasa orang menyanyi je, ni dia belanja main seruling sekali. Wow!

Screen Shot 2020 05 16 At 12.21.14 PmMemang merdu alunan seruling cikgu tu. Berbakat betul cikgu ni. Bukan calang-calang orang pandai main seruling tau.

Screen Shot 2020 05 16 At 12.20.34 PmAdmin pun rindu zaman sekolah dulu. Kalau time hari guru macam ni, mesti ada pertandingan sukan geng-geng cikgu lawan dengan student. Memang enjoy habis!

Screen Shot 2020 05 16 At 12.20.51 PmSelamat Hari Guru buat semua warga pendidik dari kami di Lobak Merah. Semoga terus kekal bersemangat mendidik anak bangsa dan generasi akan datang. Terima kasih cikgu!

 

Baca: “Tak kesian dengan cikgu ke?” – Murid Buat Tak Tahu Waktu Kelas Online, Homework Pun Tak Nak Siapkan

Screen Shot 2020 05 16 At 12.27.13 Pm

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.