in

Guru Dihidangkan ‘Shell Out’ Istimewa Sepanjang 156 Meter Oleh Pelajar Sempena Hari Guru

Shellout Bebeh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengimbau pada zaman persekolahan dulu, tanggal 16 Mei adalah tarikh yang sering dinanti-nanti bukan saja bagi guru namun para pelajar yang sudah merancang pelbagai acara untuk meraikan Hari Guru.


Bagi tahun ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala, Alor Setar telah mencipta rekod tersendiri dengan menyediakan makanan laut sepanjang 156 meter menggunakan 500 kilogram siput retak seribu.

18486163 1159856464118304 6072081240384380572 N
sumber: bernama

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Simpang Kuala, Rohana Yusof, hidangan ala-ala shell out itu telah menelan belanja sebanyak RM8,000 dengan hasil kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Antara bahan masakan yang digunakan ialah 20 kilogram udang, 2,000 batang sosej, lobak merah, 70 kilogram brokoli, cili kering, bawang besar, serai, halia, santan dan 100 biji telur ayam.

18557329 1159856474118303 1175711598731945129 N
sumber: bernama

Tambahnya lagi, proses penyediaan dan masakan telah dilakukan seawal jam 8 pagi secara bergotong-royong dan ia hanya mengambil masa dua jam untuk penyediaan di atas meja sepanjang 156 meter dekat tapak perhimpunan sekolah.

18447407 1159856514118299 6558619158189345934 N
sumber: bernama

Rata-rata pelajar yang terlibat dalam acara ini sangat teruja untuk menikmati makanan laut tersebut. Menurut pelajar Tingkatan Lima, Ahmad Kamal Omar, dia tidak sabar-sabar untuk menikmati makanan, apatah lagi bersama rakan dan guru-guru pada sambutan hari guru hari ini.

18447060 1159856480784969 2838772937595874767 N
sumber: bernama

Malah pelajar Tingkatan Lima, Nor Fatihah Nasrul Annuar juga turut tidak menyangka guru sekolah sanggup meraikan hari guru kali ini dengan sambutan yang lain dari yang lain.

Kami juga turun membantu guru menyediakan makanan ini dan apa yang berlaku hari ini akan tersimpan di dalam memori kami apabila tamat sekolah nanti.”

Rasa macam nak kembali pula ke zaman sekolah dulu. Rindunyaaa… Selamat Hari Guru! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.