in

Gunung Berapi Sulawesi Pula Meletus

41538542618 Tbsoputanxj 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih terngiang-ngiang di minda kita terhadap insiden Tsunami yang mengharukan, Pulau Sulawesi sekali lagi diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara meletus pagi tadi.


Insiden itu berlaku pada pukul 8.47 pagi tadi (waktu Indonesia Timur) dan mengeluarkan abu vulkanik berwarna kelabu setinggi 4,000 meter. Kepulan menghala arah barat laut.

Tidak Menjejaskan Penduduk

Sumber : awani

Bagaimanapun, letusan gunung berapi tersebut dilaporkan tidak menjejaskan aktiviti atau mengganggu operasi penerbangan pesawat.

Menurut Awani, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan melarang penduduk melakukan kegiatan dalam lingkungan empat kilometer dari gunung berkenaan.

BNPB dan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) sedang memantau perkembangan letusan gunung berapi itu, katanya.

Kali terakhir gunung berapi berketinggian 1,784 meter yang terletak kira-kira 56 km dari Kota Manado itu meletus ialah pada 2015.

Baca : “700 orang terkubur hidup-hidup” – Lelaki Ini Kongsi Suasana Hiba Keadaan Di Palu Yang Ditenggelami Lumpur

Palulumpur3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.