in

Gunakan AI Perdaya ‘Rakan’, Scammer China Hampir Berjaya Curi RM3 Juta

Ditipu Ai China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang scammer di China menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI untuk menyamar sebagai salah seorang rakan ahli perniagaan dan telah meyakinkan ahli perniagaan tersebut untuk menyerahkan jutaan yuan menurut pihak berkuasa.


Mangsa yang dinamakan sebagai Guo dikatakan telah menerima panggilan video bulan lalu daripada seseorang yang kelihatan dan kedengaran seperti kawan baiknya.

Namun, hakikatnya lelaki tersebut seorang scammer yang menggunakan teknologi AI untuk mengubah muka dan suaranya menurut laporan.

Untitled Design 3

Pelaku menyamar sebagai rakai baik Guo dan telah melakukan satu penipuan yang mana dia telah meminta Guo untuk memindahkan 4.3 juta yuan (RM2.8 juta) dengan alasan kononnya seorang lagi rakan mereka memerlukan wang tersebut dipindahkan melalui akaun syarikat untuk mendapatkan tender terbuka.

Dalam masa yang sama, pelaku telah meminta nombor akaun peribadi Guo dan mendakwa jumlah yang sama telah dimasukkan ke dalam akaunnya dengan menghantar tangkap layar bukti pemindahan wang yang palsu.

Tanpa memeriksa sama ada dia telah menerima wang tersebut, Guo telah membuat dua pemindahan dari akaun syarikatnya kepada pelaku.

“Ketika ia berlaku, saya kenal dengan suara dan muka pemanggil tersebut”

Tambah Gou lagi, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana dia mengenali pemanggil tersebut dan hanya menyedari dia telah ditipu selepas menghantar pesanan kepada rakan niaganya tersebut yang tidak tahu menahu tentang transaksi tersebut.

Tech Ai Love 1684915969

Tanpa membuang masa, Guo telah membuat laporan kepada pihak polis yang kemudiannya menghubungi bank di bahagian lain supaya tidak meneruskan transaksi tersebut dan dia berjaya mendapatkan semula 3.4 yuan (kira-kira RM2.2 juta).

Menurut laporan, baki wang yang dicuri tersebut sedang dalam proses untuk didapatkan semula walaupun pelaku masih tidak dapat dikenalpasti.

Terdahulu, potensi penyalahgunaan teknologi AI ini telah mendapat perhatian ramai semenjak syarikat berpangkalan di Amerika, OpenAI melancarkan ChatGPT, sebuat bot perbualan yang mampu meniru perbualan manusia.

Baca : Nampak Pelik, Balutan Luka Pada Wajah Pesakit Ini Buat Netizen Geli Hati

Balutan Luka

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.