in

Guna RM7 Bilion Duit Bank Negara Bayar Hutang 1MDB

1D84

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Plot kisah skandal 1MDB ni makin lama makin sedap pulak dibaca walaupun agak menakutkan! Terbaru hari ni, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah didakwa guna duit Bank Negara untuk membayar US$500 milion (RM2 bilion) untuk bayar hutang 1MDB. 


Bn Manifesto Launch Prime Minister Najib Razak
sumber: blog

Menurut MMO, 1MDB alami masalah kewangan yang teruk tahun lepas dan kekurangan aliran tunai yang diperlukan untuk bayar jumlah hutang kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi.

Pendedahan ni jugak menguatkan dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang 1MDB tak mampu lagi bayar hutangnya sampaikan Kementerian Kewangan (Najib Razak Menteri Kewangan pada masa tu) terpaksa membayar sebanyak RM7 bilion hutang dan faedah syarikat tu tahun lepas. Waduh, waduh… gawat ni! 

Lim Guan Eng Orders 1Mdb Ceo To Pay Debts Of Rm144 Million By 30 May World Of Buzz 2
sumber: wob

Selain itu, Menteri Kewangan ada bertemu dengan eksekutif dan pegawai bertanggungjawab dalam 1MDB semalam (23 Mei) dan memutuskan bahawa syarikat tersebut telah muflis. Manakala Arul Kanda yang diminta untuk beri penjelasan berkata dia tak tahu situasi kewangan syarikat tersebut atau sama ada wang berbilion ringgit dalam unit tersebut pun sebenarnya wujud atau tak. Aik?? Boleh pulak macam tu! 

Susulan itu, Lim Guan Eng mendakwa Arul sebagai “tak jujur dan tak boleh dipercayai”. Buat masa ini, 1MDB sedang disiasat SPRM yang mempersoal asal usul wang ‘derma’ RM2.6 bilion yang dikatakan berasal dari syarikat pelaburan tersebut.

Haihh kesianlah mereka yang kena kencing dengan penjelasan 1MDB sebelum ni tu. Sekarang ni macam mana? Nak tolong bayarkan sekali ke hutang negara? 

Baca: Arul Kanda KENA Bayar Hutang 1MDB RM144 Juta Sebelum 30 Mei

Arul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.