in

Guna Kontrak ‘Tidak Jumpa – Tidak bayar’, Malaysia Benarkan Operasi Pencarian MH370 Diteruskan

syaz ft 2025 12 31T121008.361

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Malaysia dilapor memberi lampu hijau untuk meneruskan usaha baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 2014, dengan operasi itu sekali lagi dikendalikan oleh syarikat robotik berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity.

Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), pencarian itu dijalankan menerusi kontrak “tidak jumpa, tiada bayaran”, sekali gus memastikan kerajaan tidak menanggung sebarang kos jika misi tersebut gagal.


Artikel berkaitan: MH370: Ocean Infinity Sambung Pencarian, Mula Menuju Barat Australia

Artikel berkaitan: Genap 11 Tahun Kehilangan Pesawat MH370, Pencarian Tetap Diteruskan

Difahamkan, fasa terbaharu pencarian dijangka berlangsung sehingga 55 hari dengan tumpuan diberikan di kawasan selatan Lautan Hindi seluas kira-kira 5,800 batu persegi.

Ocean Infinity memaklumkan pihaknya akan menggunakan dron bawah air berteknologi tinggi yang mampu menyelam sehingga 6,000 meter bagi memetakan dasar laut secara lebih terperinci.

“Teknologi ini membolehkan pemetaan dasar laut dilakukan dengan lebih terperinci dan tepat,” menurut firma tersebut.

Sehingga kini, hanya serpihan pesawat MH370 pernah ditemui sejak 2015, namun tiada sebarang mayat ditemui.

Untuk rekod, kehilangan MH370 kini memasuki tahun ke-12 sejak pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 sebelum hilang daripada radar kurang sejam kemudian.

Laporan turut memaklumkan, paparan radar tentera kemudian menunjukkan pesawat tersebut berpatah balik secara mendadak ke arah barat, melintasi semula ruang udara Malaysia sebelum menuju ke selatan merentasi Lautan Hindi yang luas.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.