in

Guna Dialog Kasar & Lucah Dalam Drama Kudeta, Dr Maszlee Malik Buat Permohonan Maaf

Kudeta Maszlee Malik

Kemunculan Dr Maszlee Malik sebagai pelakon dalam siri drama Kudeta, baru-baru ini nampaknya menerima kritikan negatif netizen atas satu isu sensitif.

Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Maszlee yang memegang watak sebagai bekas perdana menteri yang dipenjarakan dalam drama tersebut dilihat menggunakan dialog kasar dan berunsur lucah ketika melakonkan ia bersama pelakon terkenal, Vanidah Imran.

Dr Maszlee mohon maaf 

Susulan kecaman dan teguran yang diterima, bekas Menteri Pendidikan tersebut telah membuat permohonan menerusi akaun Facebook miliknya dan mengakui kesal dengan penggunaan ayat yang tidak sepatutnya diucapkan.

Menurutnya, dia menyedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik dalam masyarakat, namun ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti mahupun budaya.

https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/posts/pfbid0y1DhUVsM5h1Wup8RUTTxFQdXC7W3ARTjHTV82ASGLLm4A2kFDDCkv85auhosL1ynl

 

Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat dipenjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.

“Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum.

“Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan,” katanya yang juga berharap pihak Astro menapis babak tersebut bagi menghormati sensitiviti ramai pihak.

Dalam drama tersebut, Maszlee telah memegang watak Jamal Banna dan mengungkap dialog yang berbaur penghinaan kepada kaum wanita sekaligus menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak memandangkan latar belakangnya yang memegang portfolio pendidikan.

Kudeta Series

Sebagai info, Kudeta merupakan sebuah drama politik yang mengisahkan watak Mariam Imran (Vanidah Imran) sebagai Perdana Menteri wanita pertama negara Masraya yang cuba mengekalkan kuasanya atas gabungan parti yang goyah.

Bagaimanapun, pada hari pertama memegang jawatan itu, pelantikannya telah dipersoal manakala keadaan ekonomi yang lumpuh juga harus ditangani.

Baca: Fahmi Reza Dihalau Masa Buat Kelas Demokrasi Di IPT, Ini Respon Maszlee Malik

Maszlee

Sumber: IMDB