in

GST vs SST: Mana Lebih Baik?

Gst Vs Sst Malaysia Beli Barang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak sidang parlimen dibuka semalam, isu SST dan GST antara topik hangat yang didebatkan sehingga ramai di antara netizen mula tunjukkan skill dan kehebatan masing-masing untuk explain mana satu antara dua ini yang bagus untuk negara. Ramai yang nak jadi cikgu ekonomi, namun ada jugak yang masih terpinga-pinga, apa tu SST dan GST? Apa pulak bezanya kedua-dua jenis cukai ni?


Bagi mereka yang masih keliru dan tak tahu yang mana satu lebih baik, ini kami jelaskan secara ringkas mengenai SST dan GST kepada anda semua. 

 

1. Apa itu SST dan GST? 

SST

Image 8
sumber: utusan

Bakal menggantikan GST dan diperkenalkan pada 1 September 2018 nanti, Sales and Service Tax (SST) ni terbahagi kepada dua iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Cukai jualan merupakan cukai sepertingkat yang mana cukai ni hanya dikenakan sekali je oleh pengilang lazimnya dalam peringkat output. Manakala cukai perkhidmatan pulak dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu apabila ia ditawarkan kepada pengguna.

GST

161219Gstprepaid01
sumber: lowyat

Dilaksanakan pada 1 April 2015 lalu, Goods and Service Tax (GST) atau cukai barang dan perkhidmatan ini adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah di setiap peringkat penggunaan dalam rantaian pembekalan daripada pengeluar hingga pengguna. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

 

2. Beza GST dan SST 

SST

  • Cukai ni dah pun dilaksanakan sejak tahun 1970-an dulu dengan beberapa penambahbaikan.
  • Ia hanya dikenakan pada peringkat pengilang atau pengguna. Cukai perkhidmatan pulak dikenakan kepada pengguna yang guna perkhidmatan bercukai.
  • SST bolehkan segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong atau peruncit tidak mengisytiharkan cukai sepatutnya melalui pindahan harga.
  • Cukai SST yang dikenakan meliputi cukai jualan 5% dan 10% kepada pengeluar dan barangan imported yang terpilih serta bukan kepada semua produk macam GST, menurut laporan Menteri Kewangan.
  • Manakala cukai perkhidmatan akan dikenakan 6% kepada perkhidmatan terpilih dan bukan jugak kepada semua servis macam GST.

GST

  • Cukai ini dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan iaitu pada pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
  • Para pembekal boleh tuntut cukai input semula daripada kerajaan, tapi kerajaan takkan kembalikan pembayaran GST secara mendadak yang menyebabkan masalah bagi perusahaan yang kendali perkara tersebut.
  • GST mampu atasi ketirisan, penyelewengan dan penyelewengan pembayaran cukai.
  • Sistem cukai GST ini adalah pada kadar 6% dan ia bukan cukai tambahan kepada cukai sedia ada.
  • Sebanyak 160 negara di seluruh dunia telah melaksanakan GST.
Beza
sumber: astro awani

 

3. Bolehkah harga turun dengan SST? 

Ramai yang berpendapat SST tak mampu turunkan harga dan menurunkan peratusan GST kepada 4% mungkin dapat membantu. Namun mengikut manifesto yang dijanjikan PH, SST akan dilaksanakan dan ini beberapa perkara yang mungkin korang patut take note tentang sama ada harga barang akan turun atau tak berpandukan faktor berikut:

  • Berapa banyak peringkat terdapat dalam rantaian bekalan produk antara pengilang dan pengguna.
  • Produk dan perkhidmatan yang berbeza akan terjejas secara berbeza, contohnya: kad top-up, kereta, barangan makanan dan telefon bimbit.
  • Pengecualian cukai yang berlaku untuk perniagaan.
Sst To Be Reintroduced At 10 And Service Tax At 6 Starting From Sept 1 World Of Buzz 4
sumber: wob

Buat masa ni, diharapkan rakyat Malaysia dapatlah sesuaikan diri dengan cukai baru yang bakal dilaksanakan nanti. Akan ada barang naik harga, akan ada pulak yang turun harga. Jadi jangan terkejut kalau benda macam ni berlaku. Yang penting, peniaga jangan pulak nak kaut untung dan ambik kesempatan atas perubahan GST ke SST ni.

Ini antara pengiraan GST yang viral dikongsikan di media sosial:

37217193 10156495458361354 276116858980007936 N
sumber: facebook
37264448 10156495458441354 4866739825211867136 N
sumber: facebook
37265725 10156495458386354 2389998576936681472 N
sumber: facebook

Kedua-duanya ada pros and cons tersendiri. Harap-harap harga barang turun dan kalau naik pun janganlah sampai bebankan rakyat. 

Baca: 30% Kedai Mamak Naik Harga Walaupun GST 0%

Mamak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.