in

“Goodluck antivax” – [VIDEO] Wanita Papar Situasi Polis Check Kad Vaksin, Nak Rentas Terengganu-Kelantan

Rentas Negeri Polis Check Kad Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati rakyat Malaysia kini berbunga-bunga selepas kerajaan mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri bagi seluruh negara.


Walau bagaimanapun, menurut SOP yang ditetapkan kerajaan, hanya mereka yang cukup dua suntikan vaksin saja yang dibenarkan untuk merentas manakala yang tidak mengambil vaksin dilarang untuk merentas negeri.

 

“Memang dah boleh rentas negeri tapi…” 

Meskipun agak sukar untuk pihak polis memantau kepatuhan peraturan tersebut, baru-baru ini tular di TikTok, video daripada @aimirahalim yang menunjukkan pihak polis membuat sekatan jalan raya.

Sekatan jalan raya itu diadakan di sempadan Terengganu-Kelantan yang mana mereka akan memeriksa setiap individu yang ingin merentas negeri untuk menunjukkan kad vaksinasi mereka terlebih dahulu. Uish pantas polis buat kerja! 

@aimirahalim

Terengganu-Kelantan ???cek kad vaksin utk rentas negeri?#lagujiwang #foryoupage #fypdonggggggg #axiagurl❤️ #laguviral2021

♬ original sound – A R? – A R?

 

“Aku sokong je buat macam ni” 

Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen di video tersebut menyokong tindakan pihak polis dalam membuat sekatan jalan raya untuk memeriksa kad vaksinasi mereka yang ingin merentas negeri.

Pun begitu ada juga di kalangan netizen yang tidak puas hati akan situasi tersebut dan menganggap ia satu diskriminasi kepada golongan yang tidak divaksin.

Tak Vaksin Tak Boleh Rentas

Bestkan dah boleh rentas negeri. Walaupun dah cukup dua dos, pastikan korang sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan kerajaan. 

Baca: Dakwa Selalu Dapat DM Dikeji Tak Boleh Rentas Negeri, Ini Respon Rita Rudaini

Ritrud

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.