in

“Go get her back!” – Peminat Merayu Zac Efron Mengorat Vanessa Semula Lepas Putus Cinta Dengan BF 9 Tahun

zanessa again

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat dunia hiburan Hollywood baru-baru ini terkejut selepas pelakon, Vanessa Hudgens dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya, Austin Butler.

Menurut media, pasangan itu telah menjalinkan hubungan sejak 2011 dan selepas 9 tahun bercinta mereka telah membawa haluan masing-masing.


https://www.instagram.com/p/B7W7Q5eBaTN/

vanessaustin
Sumber: Daily Mail

Sebelum bercinta dengan Austin, Vanessa yang dikenali lepas membintangi High School Musical telah menjalinkan hubungan dengan pasangannya dalam filem muzikal itu, Zac Efron.

Vanessa dan Zac merupakan pasangan ideal dan kegemaran serta dikenali dengan gabungan nama #Zanessa. Bagaimanapun, pada tahun 2010 mereka berdua dilaporkan berpisah.

zanessa1
Sumber: Fandom
zanessa1 1
Sumber: Hollywood Life

Namun kini selepas Vanessa berpisah dengan Austin, ramai gila excited dan berharap Zac Efron mengorat dia balik! Ramai peminat dari seluruh dunia di Twitter ‘merayu’ supaya Zac mulakan langkah untuk dapat Vanessa balik.

https://twitter.com/Yvannahhh/status/1217205628030144522

Bukan setakat Twitter, peminat mereka juga spam comments dekat Instagram mereka berdua terutamanya Zac sebab nak dia yang ubati hati Vanessa tu. Siap ada yang persoal mungkin kali ini memang jodoh mereka sebab Vanessa putus cinta dan kebetulan Zac pula memang tengah single.

https://www.instagram.com/p/B4LaeVSl85F/

komen zanessa
Sumber: Instagram

Macam-macam dorang ni kan!

Baca: “Tolong get back balik!” – Peminat Tak Keruan Tengok Gambar Brad Pitt Pegang Tangan Jennifer Aniston

collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.