in

Gloomy Sunday : Lagu Puaka Ini Bawa Badi Siapa Yang Dengar Pasti Akan Bunuh Diri?

Lagubunuhdiri10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gloomy Sunday : Lagu Puaka Ini Bawa Badi Siapa Yang Dengar Pasti Akan Bunuh Diri?
Loading
/

Lagu merupakan hasil seni, setiap karya agung yang dilontarkan kepada pendengar pasti akan membawa mesej dan maknanya tersendiri. Ada sedih, gembira, inspirasi bahkan, ada juga yang membawa misteri.


Contohnya khabar angin yang mengatakan lagu berjudul Menanti Kasih yang dialunkan oleh penyanyi Indonesia Alda Risma, dikatakan penyanyi lagu Aku Tak Biasa ini telah mati 7 hari, tapi lagu itu baru sahaja dirakamkan dalam masa 3 hari.

Tapi ada satu lagi lagu yang lebih dahsyat dari Hungary berjudul Gloomy Sunday. Kisah lagu ini seakan-akan lagu Menanti Kekasih cuma lagu ini boleh mendorong pendengar bunuh diri? Baca perkongsian Naufal Antezem ini.

 

Kisah disebalik lagu Gloomy Sunday

Lagubunuhdiri

Lagu asalnya tidaklah diberi tajuk Gloomy Sunday, sebaliknya Vége a Világnak yg bermaksud The World Is Ending. Lirik ditulis oleh Laszlo Javor dan lagu digubah oleh komposer Hungary, Reszo Seress (gambar). Lagu ini dicipta pada tahun 1933.

Difahamkan, lagu ini ditulis kerana kecewa dengan bekas tunangnya, ada juga yang mengatakan ia ditulis selepas kematian bekas tunangnya.

Lagubunuhdiri2

Lagubunuhdiri4

 

Reszo Hungary

Lagubunuhdiri3

 

Lirik lagu

Lagubunuhdiri5 Lagubunuhdiri6

 

Mula terkenal apabila ada orang bunuh diri sampil tinggalkan keratan lirik lagu ini

Dengar cerita lagu ini pernah disekat oleh Stesen BBC namun ditarik balik, ia berikutan ramai orang bunuh diri dan menggunakan keratan lirik lagu ini sebagai ‘pesanan’ terakhir.

Lagubunuhdiri7

Tapi, ada juga yang mengatakan bahawa lagu ini tiada kaitan dengan diri komposer asal, ia sebenarnya dicipta secara kebetulan kerana pada waktu itu Hungary mempunyai rekod kadar kes bunuh diri yang tinggi.

Lagubunuhdiri8

Disini Naufal ada lampirkan sekali audio lagu tersebut. Siapa yang lemah semangat jangan dengar ya…

 

Lagu Gloomy Sunday

Berikut adalah versi lagu tersebut yang dikatakan antara terawal. Masih ramai yang berteka teki sama ada adakah ini versi yang asal atau yg telah digubah semula.”

 

Komposer asal bunuh diri

Lagubunuhdiri9

Anda percaya lagu boleh mendorong seseorang bunuh diri ? Selepas 30 tahun penciptaan lagu ini, komposer lagu ini sendiri bunuh diri. Kebetulan ? Atau memang lagu ini mempunyai puaka yang tersendiri ?”

Hmm, ini sekadar perkongsian, janganlah terlalu percaya sangat. 

 

Baca : Misteri Pembunuhan Black Dahlia : Badan Dibelah Dua, Bibir Ditoreh, Kemaluan Kelar Yang Masih Tak Terungkai

Blackdahlia20 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.