“Gila bapok tua ni” – Sajat Dikecam Menari di Negara Orang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Usahawan kosmetik negara kita, tidak lain tidak bukan, Nur Sajat, tidak pernah jemu dengan kontroversi-kontroversi dari netizen, di samping dia juga rajin membalas kutukan yang diterima melalui laman media sosialnya. Ada sahaja perlakuannya yang tidak dapat memuaskan hati netizen di luar sana.

Baru-baru ini gempar satu Malaysia, di mana Sajat akan mengeluarkan album pertamanya yang akan berduet bersama Aliff Syukri yang berjudul ‘Abang Nak Tegur’. Lagu terbarunya ini telah ditonton lebih daripada 2.3 juta penonton dalam masa dua minggu sahaja. Wow ramainya peminat mereka!

 

Terkini, mereka sedang membuat rakaman muzik video di negara luar. Kata Aliff menerusi Instagramnya, mereka bersama 20 orang krew lain kini menuju ke tiga buah negara untuk menghasilkan muzik video dengan level international. Tambahnya, perjalanan mereka menuju ke negara berkenaan memakan masa selama 21 jam. Penerbangan ini juga turut disertai oleh Yusry KRU bersama isterinya, Lisa Surihani.

Sumber: Instagram

Sesiapa sahaja yang berada di negara luar pastinya merasa teruja. Tidak terkecuali, Sajat, turut merasa teruja apabila berada di sana. Banyak gambar serta video yang dikongsikan bersama bagi tontonan ramai. Dalam banyak-banyak perkongsiannya itu, terdapat beberapa rakaman video pendek yang telah menerima pelbagai kecaman dari netizen.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Dapat dilihat dari rakaman video tersebut, Sajat sedang asyik menari dengan seksi berpakaian merah terang dan ‘menggiurkan‘ di negara orang. Menurut Sajat, dia di sana telah diajar menari oleh penari-penari yang terkemuka, semata-mata untuk menghasilkan muzik video yang termahal itu.

Rata-ratanya mengecam perbuatan Sajat, kerana ia seolah-olah memalukan negara sendiri.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ada juga yang beranggapan bahawa Sajat telah mencucuk sesuatu ke mukanya, ini kerana rupa wajahnya agak berbeza dari sebelum ini.

“Tak rasa macam Sajat punya muka nampak swollen ke? Macam cucuk botox gituu. Tanya je..”

“Tak ada muka ke apa..”

Sebelum ini Sajat turut berkongsikan cuaca di negara sana. Menurutnya, keadaan di sana sangat sejuk, tetapi netizen mempersoalkan pakainnya yang seolah-olah tidak menggambarkan kesejukan itu.

“Kata sejuk tapi pakai seluar katak macam tu je. Memang kuat bohong orang lah kau ni”

“Tak sejuk ke? Sekarang kan winter. Tengok kat belakang tu, dorang pakai jaket bagai

Sumber: Instagram

Bakal isteri kepada Coach Yim ini hanya mendiamkan diri tanpa membidas apa-apa terhadap komen yang diterimanya itu.

Harap Sajat terbuka hati menerima komen-komen itu ya.. 🙂

Baca: “Your ass is so hot” – Uqasha Senrose Bengang Peminat Minta Gambar Bogel di Instagram

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.