in

“Gift tak sampai RM1,000 nak kita cakap thank you” – Netizen Tegur Suami Fatin Afeefa Jangan Riak

Suami Fatin Afeefa Riak Gift

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fatin Afeefa hujung tahun lepas, nama suami pelakon filem Tentang Bulan ini sering menjadi sebutan netizen di media sosial.

Kalau terdahulu mengenai isu dia memerli bekas suami pelakon terbabit, kali ini Aliff Awang atau terkenal dengan nama Opai di TikTok telah membuat netizen mengecam atas sikapnya yang dianggap riak.


https://www.instagram.com/p/Cm1fxCmJss2/

Hanya ucap terima kasih kalau beri gift RM1,000 

Menerusi satu video viral di Twitter, netizen telah merakam sesi live Aliff di TikTok yang mana dia dilihat sedang berinteraksi dengan pengikutnya di sana.

Menjadi satu kebiasaan ketika seorang ‘influencer’ sedang live, ada di antara netizen akan mengirim ‘gift’ dengan nilai-nilai tertentu dan Aliff dilihat teruja apabila menerima gift ikan paus yang menurutnya bernilai melebihi RM1,000.

Haa ini baru gift, ini baru gift. Ini gift tak sampai seribu nak kita cakap thank you. Agak-agaklah… 

“Ini sebab I masuk live orang, I bagi gift banyak-banyak tau,” katanya.

Tak cukup dengan itu, Aliff juga memberitahu yang dia baru menikmati kehidupan mewah selama 4 tahun dengan hasil melibatkan diri dalam dunia pelaburan saham secara online.

“Sekali Allah tarik nikmat kaya kau tu…” 

Tindakan Aliff yang tidak mahu mengucapkan terima kasih kepada pemberi gift di bawah RM1,000 membuatkan netizen kurang senang sehingga ada yang mengaku mula meluat dengan sikap riak yang dipamerkannya itu.

Ada yang menegur supaya suami kepada Fatin Afeefa ini untuk lebih bersyukur dengan rezeki yang ada kerana bimbang nikmat itu boleh ditarik pada bila-bila masa.

Riak Suami Fatin Afeefa 1

Apa-apapun mungkin suami Fatin Afeefa ni nak bergurau je kot dengan netizen admin rasa. Sebaiknya kita ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. 

Baca: “Merangkak cari Neelofa” – Pemberi ‘Gift’ Pertahan Neelofa Isu Sombong Terima Hadiah di TikTok

Lofa

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.