in

Syarat Pematuhan 30% Work From Home Bagi Sektor Swasta Dibatalkan 1 April Ini – MKN

Wfh3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media PKP hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa bahawa syarat pematuhan 30% bekerja dari rumah di batalkan bagi pihak dan penyelia sesebuah syarikat.


“Arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan kepada syarikat perkilangan adalah sukar dilaksanakan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara remotely.”

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa operasi pengilangan sering melibatkan proses kompleks dan teknikal dengan kehadiran pasukan berbeza yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan belia.

“Pada masa yang sama mereka dikehendaki bekerja secara serentak. Pembatalan syarat ini memberi peluang syarikat untuk beroperasi pada tahap yang maksimum, ini adalah perkara yang ditetapkan oleh MITI.”

Untuk sektor kerajaan mengikut pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Mengenai sektor swasta pula adalah dibenarkan 100% bagggi pengurusan penyelia dan operasi sokongan, arahan ini akan mula berkuatkuas mulai 1 April.”

 

Baca : Arahan ‘Work From Home’: Majikan Tidak Boleh Potong Gaji, Paksa Pekerja Ambil Cuti Tahunan

Wfh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.