in

Genius Dunia Perfileman! 7 Filem Arahan Christopher Nolan Terbaik Sepanjang Zaman

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Christopher Nolan bukanlah nama asing dalam dunia perfileman di dunia ini. Pengarah terkenal ini sentiasa menghasilkan filem berkelas A dan semua filem arahan beliau boleh dikatakan sebagai masterpiece!


Menariknya tentang filem-filem Christopher Nolan, karya beliau kebanyakannya bermain dengan minda penonton dan memerlukan pemikiran yang mendalam untuk memahami mesej yang cuba disampaikan.

Satu fakta menarik tentang Christopher Nolan, dia mula membuat filem pendek pada usia 7 tahun dengan menggunakan kamera bapanya.

Untuk edisi kali ini, Lobak Merah akan senaraikan 7 filem terbaik Christopher Nolan sepanjang zaman:

1. Interstellar

Interstellar memang sinonim dengan nama Christopher Nolan. Filem ini mengisahkan bumi yang telah dicemari dengan bencana, kebuluran dan kemarau melampau. Hanya ada satu cara untuk manusia meneruskan kehidupan – perjalanan antara bintang ke planet lain.

Sebuah lubang cacing (wormhole) telah ditemui yang membolehkan sepasukan angkasawan untuk pergi ke planet baharu. Apa yang terjadi kepada mereka?

2. The Dark Knight

The Dark Knight mempunyai dua filem iaitu The Dark Knight (2008) dan The Dark Knight Rises (2012).

Filem ini berlatarkan ketika tempoh setahun selepas peristiwa Batman Begins, di mana Batman, Leftenan James Gordon, dan Peguam Daerah baru Harvey Dent berjaya mengumpul penjenayah di Kota Gotham, sehinggalah munculnya The Joker.

Tak perlu diulas lagi, tonton cepat!

3. Inception

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) ialah seorang pencuri dengan kebolehan unik, di mana dia mampu masuk ke dalam mimpi seseorang dan mencuri informasi yang diperlukan.

Kebolehan ini membuatkan dia diperlukan oleh beberapa pihak, namun ia boleh mengorbankan segala-galanya yang dimiliki. Apa yang terjadi kepada Dom Cobb?

4. Dunkirk

Siapa yang suka filem bertemakan perang memang wajib tonton filem ini!

Pada Jun 1940, 400,000 askar British dan Perancis telah bersembunyi di bandar pelabuhan Dunkirk di Perancis. Satu-satunya jalan keluar adalah melalui laut, namun tentera Jerman kelebihan dalam pertahanan udara.

Jadi apa yang terjadi kepada mereka?

5. Tenet

Seorang pegawai CIA yang tidak didedahkan nama dan hanya dikenali sebagai The Protagonist, direkrut oleh sebuah organisasi misteri bernama Tenet untuk mengambil bahagian dalam satu tugasan.

Dia perlu menghalang seorang warga Rusia, Andrei Sator daripada memulakan Perang Dunia ke-3. Memang tak rugi tonton!

6. Memento

Mula ditayangkan pada tahun 2000, Memento mengisahkan dua kisah berasingan tentang Leonard, seorang bekas penyiasat insurans yang tidak lagi dapat mencipta memori baharu, ketika dia cuba mencari pembunuh isterinya.

Seperti filem-filem Christopher Nolan yang lain, filem ini turut bermain dengan masa!

7. The Prestige

Filem ini mengisahkan tiga watak utama, Robert Angier, isteri beliau, Julia McCullough dan Alfred Border, rakan mereka berdua.

Robert dan Alfred merupakan pasangan ahli silap mata. Dalam satu persembahan mereka, Julia mati kerana satu insiden. Disebabkan kematian Julia, Robert menyalahkan Alfred sebagai punca kematian dan mereka akhirnya menjadi musuh.

Nak tahu apa yang jadi? Jangan lupa tonton The Prestige!

BACA: 5 Filem Indonesia Tahun 2022 Yang Anda Wajib Tonton, Sediakan Popcorn!

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.