in

Genap 7 Hari Kelahiran, Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Anak Kedua – Muhammad Afwa

Cats 111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini pada 19 April lalu, penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza baru sahaja melahirkan cahaya mata lelaki.


Menerusi posting di Instagram Siti Nurhaliza yang dimuat naik semalam, Siti berkongsi gambar dan berbesar hati mengumumkan nama anak keduanya itu sempena genap 7 hari kelahirannya.

 

Nama bawa maksud yang baik

Siti Nurhaliza dan suaminya memilih untuk menamakan putera sulung mereka dengan nama Muhammad Afwa kerana nama tersebut membawa maksud yang baik iaitu keampunan atau kemaafan.

Sesuai betul nama anak Siti yang lahir pada bulan Ramadan yang penuh dengan keampunan ni kan.

Dalam posting yang sama, penyanyi ini turut berkongsi beberapa gambar anaknya yang dilihat mirip seperti wajah ibunya. Masya Allah comel betul!

Kkk

 

Siap ada lagu khas

Kalau dulu waktu Afiyah lahir pun Siti ada buat lagu, untuk putera sulung pun ada lagu juga.

Selain berkongsi gambar dan nama anaknya itu, Siti juga beritahu yang dia telah melancarkan satu lagu khas buat anak lelakinya itu yang berjudul ‘Anakanda’ dan disiarkan menerusi platform Youtube milik Siti Nurhaliza. Haaa, cepat cepat pergi tengok dekat Youtube sekarang.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Sumber: Siti Nurhaliza Tarudin

Baca: Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki Awal Subuh Tadi

Capture 76

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.