Anak selebriti dan pengacara popular, Neelofa, kini sudah pun mencecah 6 bulan. Wajah Muhammad Bilal yang selama ini tidak didedahkan oleh Neelofa dan suaminya sememangnya dinantikan oleh para peminat.
Terbaharu, Neelofa dilihat ada memuat naik video yang menunjukkan anaknya sedang makan menerusi Insta Story akaun peribadinya.
https://www.instagram.com/p/Cgdt1FQJAV6/
Dalam video tersebut, Bilal dilihat gembira menepuk-nepuk meja yang dipercayai sedang diberi makan. Meskipun wajah Bilal ditutup, namun perkongsian ini ternyata mendapat reaksi ramai yang gembira melihat perkembangan Bilal.
“Okay dah boleh bayang muka dia, mesti macam Jebat”, tulis seorang individu.
Dalam pada itu, ada juga beberapa warganet yang meneka wajah Bilal seperti ‘mat saleh’ memandangkan dia memiliki rambut perang dan kulit yang putih.
Menerusi satu hantaran yang lain, Neelofa ada berkongsikan gambar Bilal yang sedang tidur di dalam kereta. Jelas Neelofa, anaknya itu sudah mencecah umur 6 bulan dan dia berasa gembira melihat perkembangan Bilal.
“Anakku Muhammad Bilal genap 6 bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya & suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni.”, tulis Neelofa.
https://www.instagram.com/p/CgmBCpqvC9y/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Seperti sudah dijangka, perkongsian Neelofa berkenaan Bilal ternyata membuatkan para peminat teruja dengan perkembangan dan wajah sebenar bayi itu. Rata-ratanya dilihat teruja menunggu saat Neelofa mendedahkan wajah Bilal.

Agak-agak Bilal tahu ke mak dia Neelofa?
BACA: Dituduh Inai Tak Halal & Tak Mesra Solat, Ini Penjelasan Neelofa

