Hati-hati semua wanita sebab nampak gaya masih ramai lagi sexual predator ada kat luar sana.
Seorang wanita sempat mengambil gambar pemangsa yang dipercayai sedang membuat onar dalam LRT semasa waktu puncak.
Kejadian berlaku dalam tren LRT
Perkongsian yang asalnya dipost oleh salah seorang mangsa di akaun Twitternya telah dimuatnaik semula dalam group Facebook ni sebelum ia mula viral.
Kejadian dipercayai berlaku di dalam tren Putra LRT Stesen Universiti semasa orang pulang bekerja di waktu petang.
Menurut wanita itu, lelaki berkenaan akan berdiri dekat dengan penumpang bagi menjalankan aktiviti tak senonohnya tu.
Hoi gelinya perangai macam ni!
Bagaimanapun, akaun mangsa telah ditukar ke mod privasi dipercayai bagi mengelak diganggu orang ramai.
RapidKL telah terima aduan
Wanita itu dipercayai telah membuat laporan kepada pihak RapidKL menerusi akaun Twitter @MyRapidKL.
Dan menerusi pihak customer service RapidKL, akaun Twitter @AskRapidKL juga menjelaskan kes sedang dalam siasatan bagi menentukan kejadian sebenar.
“Kenapa mangsa diam tak menjerit tapi ambil gambar pula?”
Ini bukanlah kali pertama perkara macam ni berlaku dalam pengangkutan awam.
Dan ramai orang selalunya akan bertanya, “Kenapa mangsa diam tak menjerit tapi ambil gambar pula?”
Kita tak berada dalam kedudukan mereka. Mungkin ada yang takut atau terkejut berada dalam situasi tu.
Jadi sebaik-baiknya kaum wanita dinasihatkan untuk jangan malu kalau terkena kejadian macam ni.
Apa-apa pun, korang yang selalu menaiki pengangkutan awam tu diharap dapat berjaga-jaga especially bila dalam keadaan sesak tu.
Tak kira tua muda, sekarang ni kalau orang nak buat jahat semua boleh. Scary!
Baca: PPD Cuba Tutup Kes Dera, Gangguan Seksual di Sekolah Tamil?