in

“Wira yang terkorban” – Amin Abdullah, Pengawal Keselamatan Yang Lindungi Ratusan Kanak-kanak Dalam Serangan Masjid San Diego

Amin Abdullah Serangan Masjid San Diego

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengawal keselamatan yang terkorban dalam serangan berdarah di sebuah masjid di San Diego, California, diangkat sebagai wira selepas tindakannya dipercayai berjaya menyelamatkan banyak nyawa, termasuk kira-kira 140 kanak-kanak yang berada di dalam kompleks berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Amin Abdullah, seorang bapa kepada lapan anak, yang maut bersama dua lagi jemaah dalam insiden yang berlaku pada Isnin lalu.


Tindakan Amin selamatkan ratusan kanak-kanak

Rakaman kamera lita tertutup (CCTV) menunjukkan Amin bertindak pantas sebaik menyedari ancaman bersenjata di masjid itu.

Menurut polis, dua suspek remaja bersenjata melepaskan tembakan selepas memasuki kawasan masjid, sebelum bertembung dengan Amin di pintu masuk.

“Amin segera menyedari ancaman terhadap semua individu di masjid lalu melepaskan tembakan ke arah suspek.

“Rakaman menunjukkan beliau sempat mencapai radio untuk mengaktifkan prosedur sekatan ketika masih berbalas tembakan,” katanya.

Hiqsuh6Aqaaopik

Tindakan pantas Amin berjaya melengahkan dan menghalang suspek daripada memasuki kawasan utama masjid yang ketika itu menempatkan ratusan kanak-kanak hanya beberapa meter dari lokasi serangan.

Ketua Polis San Diego, Scott Wahl, berkata tindakan Amin adalah ‘heroik’ dan jelas membantu mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih besar.

Namun, Amin akhirnya maut dalam pertempuran dengan penyerang di kawasan parkir.

Screenshot 2026 05 20 124859

Artikel berkaitan: Kes T*mbakan Di Masjid San Diego: 3 Lelaki Maut Selepas Diserang 2 Suspek Remaja

“Ayah adalah role model saya”

Sementara itu, anak Amin, Hawaa menyifatkan bapanya sebagai pelindung dan insan terbaik yang pernah dikenalinya.

Menurut Hawaa, bapanya bukan sahaja seorang ayah penyayang, malah sentiasa menunjukkan contoh menjadi insan baik, suami bertanggungjawab dan anak yang menghormati keluarga.

Dia turut menyifatkan bapanya sebagai individu yang melayan semua orang dengan penuh hormat tanpa mengira agama atau latar belakang.

“Tidak kira sama ada seseorang itu Muslim, Kristian, Yahudi atau tidak mempunyai agama, dia tetap melayan mereka sebagai manusia.

“Dia sentiasa tersenyum kepada orang yang tidak dikenalinya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TRT World (@trtworld)

Dalam pada itu, pihak berkuasa sedang menyiasat insiden itu sebagai kemungkinan jenayah kebencian.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.