Sejak beberapa hari kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerap memuat naik gambar-gambarnya dengan kostum ‘orang kerajaan’ sewaktu zaman pasca merdeka di media sosial miliknya.
Menerusi posting gambar tersebut, beliau memaklumkan sedang mengikuti penggambaran sebuah drama bertajuk Tunjang dan memainkan watak Allahyarham bapanya sendiri yang juga Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak.
Difahamkan, drama bertajuk Tunjang itu memerlukan Najib berpakaian seperti bapanya malah beliau turut mengenakan rambut palsu dan bertopi, lapor Kosmo!.
Tukar bidang nak berlakon pula?
Menerusi hantaran di Facebook, Najib berkongsi gambar bersama pelakon lain sambil berseloroh bahawa beliau sudah beralih ke bidang lakonan. Tambahnya lagi, pengarah drama tersebut memaklumkan yang beliau tidak perlu mengikuti uji bakat untuk memegang watak berkenaan.
Siap pakai rambut palsu lagi
Apa yang menarik perhatian sudah tentu rambut palsu yang digayakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu di mana ia membuatkan penampilan beliau sedikit berbeza daripada kebiasaannya. Namun, Najib lebih banyak menggunakan topi ala James Bond seperti Allahyarham bapanya ketika berkhidmat.
“Baca komen-komen tadi, suka ya kamu tengok rambut saya. Nasib baik angin tak tiup tadi” – DS Najib
Dalam masa sama, Najib turut berkongsi gambar-gambar lain sewaktu penggambaran drama tersebut antaranya menaiki kereta klasik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur dengan gelagat DS Najib terhadap setiap posting yang dimuat naiknya.
Semoga urusan pengambaran drama berkenaan berjalan dengan lancar dan kita semua dapat melihat lakonan mantap Datuk Seri Najib dalam drama terbabit.
Baca: “Mereka sangat terkejut” – Najib & Rosmah Lapor SKMM Berhubung Tular Gambar Bersama ‘Isteri Baru'”