in

Gara-gara Tak Puas Hati Kena Pecat Sampai Dua Kali, Lelaki Dari M’sia Ini Bunuh Boss Guna Pisau Dapur

Feat 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada siapa yang suka kalau kena pecat, lagi-lagi sekarang ni susah nak cari kerja kan? Biasanya, reaksi paling teruk kalau kena pecat paling-paling marah dengan majikan tak pun nangis sorang-sorang tepi bucu katil.


Tapi, kisah ni memang betul-betul next level! Seorang lelaki dari Malaysia yang bekerja di Singapura  buat keputusan untuk bunuh boss-nya guna pisau kerana marah dipecat kali kedua.

Ceritanya macam ni, menurut World Of Buzz, Pada 11 Mac lepas, Yu Jinman, 23 tahun telah diberitahu oleh majikan dan pengarah syarikat, Lin Xinjie yang dia perlu diberhentikan dari jawatannya di Jiji Singapore, sebuah syarikat menjual barangan runcit secara online kerana masalah disiplin.

Kalau korang nak tahu, ini bukan kali pertama dia diberhentikan dari kerjanya sebaliknya dah dua kali, disebabkan marah, Yu telah pergi berjumpa dengan bekas majikannya ini di pejabat pada waktu tengahari dan menyerangnya beberapa kali menggunakan pisau dapur.

Screenshot 2019 03 13 At 6.47.28 Pm
Sumber: china press

Dalam keadaan tegang ini, Lin sempat menyambar pisau kecil untuk mempertahankan dirinya, tapi terlambat.

Pada masa yang sama, seorang lagi pengarah syarikat Li Mingqiao kebetulan ada di pejabat dan ternampak kejadian tersebut. Jadi dia dengan beraninya bergegas ke tempat kejadian dan cuba untuk hentikan serangan Yu, malangnya dia juga mengalami kecederaan parah.

Tak cukup dengan itu, Yu cuba untuk bunuh diri dengan mengelar dirinya beberapa kali, bagaimanapun tindakannya dapat dihentikan oleh polis.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, mereka menjumpai Li terbaring di atas lumuran darahnya dan disahkan mati di tempat kejadian, manakala Li telah dikejarkan ke hospital dan kini dalam keadaan stabil.

24B9
Lin xinjie | sumber: china press

Di dalam temubual bersama The Straits Times, bapa Lin menceritakan yang Yu telah bekerja dengan Jiji Singapore selama lebih kurang lima tahun.

“Ketika pertama kali dipecat, dia telah merayu untuk diberikan peluang kedua dan Lin mengalah. Tapi, prestasi kerjanya tetap tak berubah dan menjejaskan operasi syarikat, jadi Lin buat keputusan untuk pecatnya sekali lagi.”

Bapa Lin berkata lagi, walaupun dia telah bekerja selama empat ke lima tahun, etika kerja Yu semakin menurun sejak dua tahun lalu kerana dia sering mengambil cuti dan ponteng kerja tanpa sebab.

Jiji Singapore akan ditutup buat sementara waktu manakala Yu kini berada dalam tahanan polis dan telah dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Jadi, salah diri sendiri lah kalau dah bagi peluang pun masih buat hal. Tak pasal-pasal majikan dia jadi mangsa.

 

Baca: “Kau Islam, tanggunglah di akhirat” – Majikan Tipu Pekerja Asing, Tak Beri Gaji Selama 3 Bulan Kemudian Sengaja Panggil Imigresen Ambush

Screenshot 2019 03 13 At 6.45.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.