in

Gara-gara Tak Bawa Pasport Lama, Wanita Kongsi Pengalaman Terpaksa Balik Semula Ke Malaysia Lepas Ditahan Imigresen Korea

F2 Melancong Ke Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di TikTok tentang pengalaman seorang wanita yang terpaksa pulang semula ke Malaysia selepas sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon selepas dirinya ditahan oleh imigresen Korea Selatan daripada memasuki negara itu.


Dalam perkongsian menerusi TikTok, wanita yang dikenali sebagai beeemyfween di TikTok berkongsi kronologi dirinya ditahan oleh imigresen Korea.

 

Dia ke Korea Selatan beberapa hari lalu untuk melancong di negara itu bersama rakan baiknya.

Seperti yang semua sedia maklum, untuk memudahkan urusan kita masuk ke negara orang, memang kena sediakan siap-siap dokumen agar urusan berdepan dengan pihak imigresen berjalan lancar.

Menurut wanita ini, dia dan rakannya juga telah mencetak kesemua dokumen perjalanan seperti tiket penerbangan, bukti tempahan hotel, K-ETA (Kebenaran Kembara Elektronik Korea Selatan) dan jadual perjalanan (itinerary) mereka sepanjang di negara itu.

Namun, masalah bermula apabila dia berdepan dengan pegawai imigresen yang memintanya menunjukkan pasport lamanya.

Ini kerana untuk ke Korea, wanita ini telah memperbaharui pasportnya. Namun, pegawai imigresen itu tetap mahu melihat pasport lamanya kerana di pasport barunya, tiada sejarah perjalanan.

Artikel Berkaitan: Artis K-POP Dipuji Netizen, Beri Laluan Untuk Peminat Muslim Tunaikan Solat Maghrib Ketika Konsert Di KL

Artikel Berkaitan: “Obses sangat nak halalkan benda haram” – Minum Soju Halal, Influencer Dikecam Tak Cakna Isu Agama

Selepas itu, dia terus diminta untuk mengikut pegawai imigresen lain ke sebuah bilik untuk disoal siasat.

Pada ketika itu, rakannya yang beratur di barisan lain berjaya melepasi imigresen namun disebabkan rakannya berasa pelik, rakannya itu datang bertemu dengannya.

Akhirnya, rakannya itu turut disoal oleh pihak imigresen tersebut.

8 1

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka diminta untuk kembali semula ke Malaysia selepas tidak dibenarkan untuk memasuki Korea.

Difahamkan, mereka telah meminta bantuan daripada pihak kedutaan Malaysia di Korea namun pihak imigresen Korea enggan berkomunikasi dengan pihak kedutaan.

Rata-rata warganet di TikTok pula turut berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan dengan imigresen di luar negara.

Ada yang kata memang kena bawa pasport lama bersama ketika melancong dan ada pula yang cakap mereka tetap boleh masuk ke negara itu walaupun menggunakan pasport baru dan tidak membawa pasport lama.

9

10 1

Biasalah tu kan, pengalaman setiap orang tak sama dan perkara ini rasanya bergantung juga pada mood pegawai imigresen tu kan.

Walau bagaimanapun, wanita ini tetap percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia juga turut gembira kerana telah sampai semula di Malaysia dengan selamat.

Sumber: TikTok @beeemyfweeen

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.