in

Gara-gara ‘Syok’ Layan Netflix, Pasangan Terlupa Tinggalkan Anak Usia 3 Tahun Dalam Kereta Sampai Maut

Ft Cuai Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak itu wajib untuk dilindungi dan disayangi terutama sekiranya anak itu masih kecil dan tidak tahu menguruskan dirinya sendiri.


Insiden yang melibatkan ibu bapa cuai terhadap keselamatan anak-anak ini bukan lagi perkara baru dalam masyarakat. Ada parents yang terlampau sibuk dengan ‘dunia’ sampai terlupa tentang anak-anak sehingga menyebabkan ‘tragedi’ yang tak disangka-sangka berlaku terhadap anak mereka.

Seperti kejadian yang tular baru-baru ini, pasangan kekasih dari Australia ini telah ditahan atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 3 tahun.

 

Tertinggal anak dalam kereta

Feat Cuai

Ibu kanak-kanak malang itu yang dikenali sebagai Laura Black, 37 dan kekasih barunya, Aaron Hill, 29 disabitkan kesalahan kecuaian apabila tertinggal kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di dalam kereta di tengah cuaca panas.

Menurut laporan New York Post, cuaca di bandar Townsville pada ketika itu mencecah hampir 32 darjah celcius!

Kereta jenis Toyota Prado milik ibunya itu telah diparkir di bahagian hadapan rumah sejak dari pukul 9 pagi waktu tempatan selepas mereka menghantar ketiga-tiga orang anak perempuannya yang lain ke sekolah.

 

Terlupa anak tidur di seat belakang

Pasangan itu dikatakan saling bertengkar semasa dalam perjalanan pulang ke rumah manakala, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Rylee terlelap di tempat duduk belakang.

Mereka kemudiannya terlupa dengan ‘kewujudan’ Rylee di tempat duduk belakang malah meninggalkan kanak-kanak malang itu terus tidur di dalam kereta yang diletakkan di tengah panas.

 

Sakan layan Netflix dalam rumah

Bukan itu sahaja, pasangan itu terus masuk ke dalam rumah dan sakan pula menonton rancangan televisyen popular menerusi saluran Netflix.

Mereka hanya menyedari Rylee terkunci di dalam kereta setelah beberapa jam berlalu apabila mereka keluar untuk mengambil anak-anak yang lain pulang dari sekolah.

Feat Cuai 2

Hantar ke hospital, tapi tak dapat diselamatkan

Rylee yang merupakan anak kepada Laura telah dikejarkan ke hospital berhampiran pada pukul 3 petang hari Jumaat yang lepas. Walau bagaimanapun, kanak-kanak malang itu tidak dapat diselamatkan gara-gara kelemasan ditinggalkan terlalu lama dalam kereta. .

Susulan kejadian, pasangan berkenaan yang baru tinggal bersama sejak dua minggu yang lalu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada pasangan berkenaan ada mengambil bahan terlarang sehingga menyebabkan berlakunya kecuaian.

Orang lain beria-ria nak anak, ni dah ada anak, cuai pulak. 

Baca: “Maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja” – Ibu Anak Maut Dalam Kereta Dikecam Bertubi-tubi Oleh Netizen Baca Cuai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.