Biarpun lagu Casablanca berjaya menambat hati pendengar, ada juga yang kurang berkenan dengan penyanyinya, Naufal Azrin apabila dia berdepan dengan kecaman segelintir pihak.
Menurut Naufal, 23, ada yang sampai menggelarkan dirinya murtad, ini kerana Naufal sebelum ini tampil dengan kumpulan nasyid Zayne dan kini beralih genre muzik yang berbeza.
“Saya baca komen-komen yang diberikan oleh netizen, ada yang mengatakan saya murtad kerana sebelum ini menyanyi nasyid dan sekarang keluar dengan lagu Casablanca.”
Naufal akui rasa tertekan dengan kecaman sebegitu, namun dia membuat keputusan untuk tidak ambil pusing.
“Mujurlah komen tersebut hanya di media sosial, jadi tidaklah memberi kesan sangat kepada saya.”
Tambahnya, sebagai penyanyi dirinya perlu fleksibel untuk serlahkan bakatnya. Menjawab isu tatabahasa dalam lirik lagu tersebut, Naufal ketika ditemubual oleh mStar Online dia menjawab ia adalah pendapat masing-masing.
“Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya terima semua yang diperkatakan untuk lebuh maju ke depan.”
Baca : Cikgu BM Minat Lagu Casablanca, Terpaksa Betulkan Lirik Sendiri Sebab Salah Tatabahasa