in

Gara-gara Bengang Liat Bayar Hutang RM30, Lelaki T*kam Leher Kawan

Ft Liat Bayar

Seorang pemuda berumur dalam 20-an dari Sungai Wei, Petaling Jaya didakwa telah menikam rakannya hanya kerana tidak membayar semula wang berjumlah RM 30 yang dipinjam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 pagi Rabu lepas (6/3/2024) ketika suspek ke rumah mangsa.

Artikel berkaitan : Gara-gara Hutang Penghuni Lama, Kereta Wanita Ini Dibakar Oleh Ah Long

Artikel berkaitan : Bekas Suami Berhutang Dengan Ah Long, Rumah Ibu Tunggal Pula ‘Diserang’

Menurut sumber, suspek tidak menerima wangnya semula dan kemudian berlaku pertengkaran di antara mereka. Suasana difahamkan menjadi lebih tegang apabila suspek mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa di lehernya dan di bahagian dada.

Cnduscjukaa3Fzv

“Mangsa menjerit kesakitan dan lari ke dalam rumah untuk meminta tolong rakan sebilik.”

Menurut PDRM Petaling Jaya, siasatan mendapati bahawa suspek di bawah pengaruh dadah dan gagal mengawal perasaan apabila mangsa enggan membayar RM 30.

Pexels Sternsteiger Stahlwaren 16468221

Asisten Superintendan, Shah Runizan berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian pada jam 1 pagi dan menangkap suspek. Katanya lagi, mangsa dikejarkan ke PPUM untuk mendapatkan rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Sumber : GuangMing Daily