Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah membuat satu lawatan ke sebuah rumah berkenaan dengan aduan gangguan bau aktiviti memasak yang terletak di Taman Puncak Bertam semalam.
Menurut sumber, lawatan tersebut diketuai oleh Clr. Juhari bin Ahmad Salleh, Ahli Majlis MBMB DUN Kesidang bagi mengenal pasti punca dan isu aduan yang diadukan.
Artikel berkaitan : Pegawai Bomba Tercampak Lepas Motosikal Ditunggang Langgar Kerbau Berkeliaran
Artikel berkaitan : “Aku boleh bau gambar ni” – Netizen Dapat ‘Imagine’ Bau Kuat Lepas Tengok Botol Perap Tempoyak Ni Meletup
Kes masak pun nak buat aduan – Netizen
Dalam serbuan tersebut, mereka menasihati pemilik rumah untuk tidak memasak dalam kuantiti yang banyak. Biarpun tidak menjelaskan tujuan aktiviti memasak, mereka turut menasihati tuan rumah dan pekerja yang ada di dalam rumah tersebut untuk mengambil suntikan thypoid.

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang terkejut, ada yang mengecam tindakan jiran dan ada juga yang menyatakan mungkin masakan tersebut telah menyebabkan gangguan yang melampau.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendakwa mengenali lokasi tersebut dan mengatakan bahawa rumah itu mempunyai bau tempoyak yang kuat.

Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang syak bahawa tuan rumah mungkin seorang peniaga dan ia telah menyebabkan gangguan bau yang terlalu kuat hingga mengganggu jiran-jirannya.
Sumber: Facebook
