in

“Gambar lama” – KPWKM Jawab Dakwaan Foto Viral Rina Harun Bawa Ramai Wartawan Lawat Adik Bella

Ft Rina Harun Adik Bella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kehangatan kes adik Bella, timbul lagi satu isu apabila video dan foto Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun melawat remaja sindrom down tersebut viral.


Satu kecaman timbul apabila netizen anggap Rina Harun seperti tidak menjaga sensitiviti terhadap adik Bella, ia juga susulan dengan dakwaan tindakannya bawa ramai wartawan untuk membuat lawatan tersebut dalam keadaan adik Bella yang masih trauma.

 

Bukan gambar terkini

1554941

Susulan dengan penularan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi laman Facebook rasminya tampil menepis dakwaan itu dan sekaligus membuat penafian bahawa berita yang digembar gemburkan itu tidak benar.

“Adalah dimaklumkan gambar YB Datuk Seri Rina Mohd. Harun, Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat bersama Bella yang disiarkan di laman instagram ***** dan juga laman facebook ***** adalah gambar lama iaitu pada tahun 2021 dan bukan gambar terkini.”

Rina Harun Gambar Lama 1

Kata KPWKM lagi, gambar ini tidak sepatutnyta disiarkan oleh pihak-pihak tertentu kerana ianya adalah tidak benar. Dalam pada itu, mereka turut menggesa pihak SKMM untuk membuat teguran serius kepada pihak-pihak yang menyebarkan berita tersebut.

Baca : “Dia masih trauma”[VIDEO] Rina Harun Dikritik Lagi, Bawa Ramai Wartawan Jumpa Bella?

Rina Harun Melawat Adik Bella Bawa Ramai Wartawan

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.