in

“Gaji lu gak level gue” – Lelaki Hina Petugas Bas Lepas Ditegur Tak Pakai Topeng Muka

Untitled Collage 99

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat tak pernah tular satu ketika dulu, pengawal kesihatan dimaki hamun selepas minta pengunjung masuk premis pakai topeng pelitup muka?


Satu kejadian serupa turut tular di Indonesia dalam satu insiden baru-baru ini, sehingga menjadi bualan netizen.

Memetik laporan Suara.com, seorang petugas bas Transjakarta dicemuh seorang penumpang lelaki selepas dia ditegur kerana tidak memakai mask dengan elok.

Rakaman kejadian itu dikongsi menerusi sebuah akaun Istagram Warung Jurnalis.

Petugas tersebut menegur lelaki berkenaan dengan nada yang begitu sopan kerana memakai topeng muka di dagu, namun dibalas dengan cemuhan sehingga tergamak merendah-rendahkan martabat petugas wanita itu.

Video itu mendapat hampir 80k tontonan, dan ratusan komen daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya mengecam lelaki tersebut.

Qqqq 1

22

 

Baca: Gadis Ini Berang Dapat Topeng Muka Diperbuat Daripada Beg Kenduri Dan Tisu

Capture 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.