in

“Gaji 5 kali lebih rendah dari sebelum ini” – Pengawal Keselamatan Ini Ditindas Dalam Sekelip Mata Hanya Kerana…

Guardhotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang benarlah apa yang dikatakan orang ramai, zaman sekarang ni memang kejam! Kalau nak hidup kena ‘korbankan’ bermacam-macam aspek pada diri kita, tak kiralah samada keluarga, rakan bahkan diri sendiri demi mencari rezeki.


Contohnya, ada sesetengah industri terpaksa korbankan diri daripada berhijrah untuk menutup aurat, lagi seksi lagi digalakkan. Jika ingin berhijrah, terpaksa korbankan minat dalam kerjaya itu untuk menjaga harga diri.

Itulah yang terjadi kepada wanita ini, jangan katakan Azizul Azli Ahmad kita sendiri pasti akan rasa simpati bila mengenangkan nasib kakak ni.

 

“Sebelum ini dengan hotel dah lebih 17 tahun” 

58382911 10214372638293201 4023919864228872192 N

Kakak ini seorang pekerja pengawal keselamatan, difahamkan hari ini merupakan hari kedua dia menjalankan tugas.

Sebelum ini dia telah bekerja di hotel selama 17 tahun namun terpaksa berhenti kerja.

“Boleh akak tumpang duduk?”

“Boleh silakan,” pelawa saya tadi. 

Akak ini buka bekal yang dia bawa dihadapan saya. Ada kari ayam pembuka selera. 

“Dah lama kerja disini kak?” soal saya berbasa basi.

Uniform Pengawal Keselamatan kelihatan jelas disebalik jaket baju birunya. 

“Hari ini hari kedua, sebelum ini dengan hotel dah lebih 17 tahun,” ceritanya lancar. 

Kakak ni dulu seorang free hair tapi disebabkan dia bertekad untuk berhijrah dia terpaksa berkorban kerjayanya yang kian memuncak dan bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan yang menawarkan gaji 5 kali ganda lebih rendah daripada sebelum ini kerana pihak atasan majikan lama tak benarkan pekerja wanita bertudung.

 

“Dulu akak free hair. Elok je bekerja di hotel tersebut. Suatu hari, Tuhan kirim hidayah ke dalam hati akak untuk bertudung. “

“Oh, kenapa berhenti?” tanya saya tanpa berselindung lagi. 

“Dulu akak free hair. Elok je bekerja di hotel tersebut. Suatu hari, Tuhan kirim hidayah ke dalam hati akak untuk bertudung. 

Maka akak mula pakai tudung. Malangnya pihak hotel tak benarkan. Jadi akak ambil keputusan untuk berhenti. Nak buat macam mana, sampai situ je rezeki akak di sana,” katanya sambil tersenyum. 

Sejujurnya, saya terkesima mendengar cerita akak ini. 

Saya jadi kaku, hari ini didepan saya seorang wanita yang hanya menyarung sepasang uniform ‘jaga’ meninggalkan kerja lama yang gaji jauh lebih besar demi cintanya pada agama. Subhanallah.

“Gaji sekarang 5 kali lebih rendah dari sebelum ini,” sayu kedengaran dia berkata. 

Mungkin ramai yang kata pengalaman dah luas dan ‘laku’ jika ingin bekerja di mana-mana industri. Tapi cuba bayangkan pengalaman yang lebih daripada 17 tahun dalam bidang perhotelan, agak sukar diterima industri lain jika ingin memulakan langkah baru kerana faktor umur.

Bahkan, jika peluang untuk bekerja dalam industri sama sekalipun mungkin tidak dipilih olehnya kerana sudah semestinya bidang ini harus melakukan ‘pengorbanan’ sedemikian rupa.

 

Cinta pada agamanya luar biasa…Ada beberapa gerakan yang berusaha mempengaruhi wanita Islam untuk tanggalkan hijab

Kawan-kawan

Ada dikalangan kita yang cinta pada agamanya luar biasa. Sangat luar biasa sebenarnya. 

Yang paling saya sedih, ada beberapa gerakan yang sedang berusaha untuk mempengaruhi wanita Islam kita untuk menanggalkan hijab wanita. 

Ada yang tinggalkan gaji 5 kali ganda demi menjaga agamanya. 

Jangan takut jika kau melakukan kesalahan, kerana kesalahan adalah awal dari kebenaran.

Lebih baik kehilangan sesuatu hal demi Tuhan. Dibandingkan harus kehilangan Tuhan demi sesuatu. 

Azizul Azli Ahmad

Ada kemungkinan dengan isu yang terjadi pasal hijab baru-baru ini pasti akan wujud lagi sentimen negatif pasal golongan ini. Kesannya makin terbataslah peluang mereka untuk menimba kerjaya.

 

Baca : Tak Salam Wanita Bertudung, Lawatan PM Kanada Tampan Di Kawasan Gerai Makan Singapura Disanjung

Canada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.