Sebuah pesawat penumpang Japan Airlines yang bertembung dengan pesawat Pegawai Pantai Jepun semasa melakukan pendaratan di landasan Lapangan Terbang Haneda yang berlaku baru-baru ini nyata mengejutkan ramai.
Menurut laporan, 367 penumpang dan anak kapal pesawat JAL berjaya menyelamatkan diri manakala tragedi tersebut mengorbankan 5 daripada 6 orang yang berada dalam pesawat dan seorang kapten kapal yang cedera teruk.
Disebabkan kemalangan ini, #Haneda dan #miracle telah trending di laman X selain portal berita antarabangsa CNN dan juga BBC menggunakan perkataan ‘keajaiban’ untuk melaporkan insiden berkenaan.
Ini kerana, kesemua penumpang berjaya meninggalkan pesawat yang sedang terbakar dalam tempoh 18 minit sahaja dan menurut temubual dengan penumpang, mereka amat berterima kasih atas kecekapan kru ketika evakuasi dijalankan.
Artikel berkaitan : “Paling Kuat Selama Lebih 4 Dekad” – Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Gempa Bumi Yang Berlaku Di Jepun Sekarang
Artikel berkaitan : “Ingatkan akan mati” – Penumpang Kongsi Video Detik Cemas Ketika Pesawat JAL Bertembung & Terbakar
Namun, selepas satu hari kemalangan tersebut berlaku, tular pula maklumat yang berkemungkinan terdapat penumpang yang telah mendaftar masuk haiwan kesayangan mereka.
Susulan itu, pihak JAL mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan bahawa terdapat 2 orang penumpang yang mendaftar haiwan perliharaan mereka dalam penerbangan dari Sapporo ke Haneda itu.
Japan Airlines has apologized after announcing that they were unable to rescue two pets that had been checked-in on the flight from Sapporo to Tokyo that caught fire yesterday after a collision with another airplane. https://t.co/vekKYrnkRr https://t.co/HhdjwwXqTQ pic.twitter.com/XZgraJEvKF
— Jeffrey J. Hall 🇯🇵🇺🇸 (@mrjeffu) January 3, 2024
Menurut kenyataan tersebut, pihak JAL memohon maaf kerana tidak dapat menyelamatkan haiwan perliharaan yang telah diamanahkan kepada mereka, dalam masa yang sama, mereka juga menitipkan salam takziah kepada pemilik dan juga semua yang terlibat.
Tambah kenyataan tersebut lagi, haiwan peliharaan dijaga berdasarkan pengiktirafan bahawa ia merupakan ‘keluarga’ pelanggan mereka.
Namun, haiwan itu dianggap sebagai bagasi dan sekiranya berlaku kecemasan, nyawa manusia akan diberi keutamaan tertinggi dan agak malang bahawa haiwan terbabit tidak dapat diselamatkan kali ini.
Sumber : Yahoo! Japan