in

Gadis Viral Di Twitter Lepas Promote Baju, Ini Penjelasan Lobak Merah…

Feat 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Lobak Merah ada menyiarkan satu artikel mengenai isu tentang seorang gadis yang dikritik oleh netizen di Twitter mengenai cara dia promote baju untuk bisnes online miliknya.

Ramai yang menyokong gadis itu namun ada juga yang mengkritik cara gadis itu menjual bajunya.


Dalam artikel tersebut turut dinyatakan yang gadis ini juga meminta maaf kepada warganet atas apa yang dia lakukan dan menerima semua nasihat yang diberikan.

*Namun pihak kami minta maaf kerana menggunakan gambar yang tidak sesuai dan tanpa meminta izin dari gadis tersebut.

888

Artikel yang ditulis oleh salah seorang intern Lobak Merah itu sudah pun dipadam di semua platform Lobak Merah atas permintaan gadis tersebut.

Pihak kami juga peka tentang isu tersebut dan selepas ini pihak pengurusan akan lebih tegas untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang.

Kami di Lobak Merah akan sentiasa pastikan kandungan berita yang positif, menarik dan berinformasi untuk pembaca.

 

Lobak Merah ingin memohon maaf kepada gadis berkenaan dan pihak yang terkesan dengan isu ini. 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.