in

Gadis Terkejut Ditahan Polis Ketika Keluar Rumah Nak Beli Barang, Rupa-Rupanya…

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat anda yang sering memandu kereta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, situasi berhadapan dengan sekatan jalan raya oleh pihak polis pastinya sangat mendebarkan.


Situasi yang sama berlaku kepada seorang pengguna Twitter, Nurul Syafika apabila dia secara tiba-tiba ditahan oleh pihak polis. Namun, kisah gadis ini bukanlah seperti cerita kebiasaan yang dialami oleh kita semua apabila ditahan oleh pihak polis.

1 1

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik, gadis ini pada mulanya sedang dalam perjalanan untuk membeli barang di kedai, apabila dia berhadapan dengan sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Pada mulanya, dia menyangka pihak polis akan memberi laluan kepada keretanya kerana tiada kesalahan yang dilakukan. Namun, sangkaan gadis ini meleset apabila pihak polis secara tiba-tiba menyuruhnya untuk berhenti di sisi jalan.

4 1

“Aku dah cuak gila rupanya tayar bocor”

Rupa-rupanya, tindakan anggota polis menyuruh gadis ini berhenti di sisi jalan adalah untuk memberitahu bahawa tayar kereta yang dipandunya bocor. Nurul Syafika yang pada mulanya sedikit ketakutan bertukar menjadi malu kerana tidak sedar keadaan tayar kereta yang pancit.

2 11

3 10

Lebih mengharukan, beberapa anggota polis dan anggota keselamatan bertindak bekerjasama untuk menukar tayar pancit kereta gadis itu kepada tayar yang baru. Salute buat frontliners kita!

“Tak pasal pasal diorang kena tukar kan tayar HAHAHA MALU NYA. Terima kasih!”

Di penghujung ciapan gadis ini, dia mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak polis dan anggota keselamatan yang telus dan ikhlas dalam melakukan tugasan.

Terima kasih diucapkan kepada anggota keselamatan terbabit!

BACA: Bolehkah Kita Merakam Ketika Ditahan Polis? Ini Penjelasannya

Capture 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.